Amaran Ribut Petir Di 7 Negeri, 3 WP – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 9 malam ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah, selain keseluruhan negeri Selangor, Melaka dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).
“Di Pahang, daerah yang terlibat adalah Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera, selain Tangkak, Muar dan Kota Tinggi di Johor.
“Di Negeri Sembilan pula, daerah yang terlibat adalah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau) • Melaka • Johor (Tangkak, Muar dan Kota Tinggi.
“Sementara itu, daerah terlibat di Sarawak adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang.
“Manakala di Sabah membabitkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar),” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Warga Malaysia Pelajar Terbaik, Wakili Fakulti Di Majlis Graduasi Universiti Jepun
BACA: ‘Perisai’ Mewah Presiden China Bukan Biasa-Biasa
BACA: Tak Pernah Withdraw, KA Kongsi Mana Pergi ‘Gift’ TikTok Lebih RM30 Ribu
Sumber: METMalaysia