Tak Pernah Withdraw, KA Kongsi Mana Pergi ‘Gift’ TikTok Lebih RM30 Ribu
“Khairul Aming” adalah satu nama yang tak asing lagi dalam dunia media sosial tanah air.
Memiliki puluhan juta pengikut yang terkumpul daripada pelbagai platform media sosial seperti Instagram dan TikTok, setiap perkongsiannya sering menjadi perhatian warganet.
KA sentiasa menjadi sorotan bukan sahaja setiap kali bulan Ramadan dengan siri resipi yang menarik, malah peribadinya membuatkan ramai jatuh hati padanya.
Setiap kali KA membuat siaran langsung atau live, jumlah tontonan akan melonjak dalam sekelip mata.
Ramai yang berpusu-pusu menyertai siaran tersebut, dan sanggup menyumbangkan ‘hadiah’ (gift) sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada figura kesayangan mereka.
Namun, di sebalik limpahan gift TikTok yang diterimanya, siapa sangka KA langsung tidak mengambil satu sen pun daripada nilai tersebut.
KA tak pernah withdraw ‘gift’ TikTok, bahkan tak tahu caranya
Baru-baru ini, sebuah rakaman siaran langsung KA telah tular di media sosial selepas dikongsikan oleh pengguna TikTok @hasbimendez.
Dalam video tersebut, KA secara terbuka memperlihatkan jumlah nilai gift yang telah diterimanya sepanjang aktif bersiaran langsung di TikTok. Jumlahnya bukan kecil — mencecah RM31,931.87.
Lebih mengejutkan, KA mendedahkan bahawa beliau tidak pernah sama sekali mengeluarkan wang tersebut dari akaunnya.
Malah, katanya, beliau sendiri tidak tahu bagaimana cara untuk withdraw atau menebus nilai gift itu menjadi wang tunai.
Satu sen pun tak ambil, ke mana perginya ‘gift’ itu?
KA menjelaskan bahawa beliau menggunakan gift tersebut untuk membantu mereka yang lebih memerlukan.
Setiap kali menerima sumbangan dalam bentuk gift, beliau akan menyerahkannya semula kepada pengguna TikTok lain yang lebih memerlukan.
Tambahnya, walaupun sudah banyak disedekahkan, baki dalam akaunnya tetap tidak berkurangan kerana pasti akan ada yang memberikan gift lagi.
@hasbimendez Buat baik dibalas baik. Niat ikhlas bantu ramai orang, Allah bantu semula. Inspirasi.
BACA: Perbezaan Mesin Basuh Top Load Jenis “Belting” & “Direct Drive”
BACA: Doktor Beri Amaran Elak ‘Sentuh’ Kawasan “Ini” Pada Wajah
BACA: Wanita Kongsi ‘Rahsia’ Perjalanan Ketika Belajar, Undang Sebak Netizen
Sumber: TikTok @hasbimendez