Wanita Kongsi ‘Rahsia’ Perjalanan Ketika Belajar, Undang Sebak Netizen
Setiap insan yang bergelar ibu bapa tentunya mahu setiap perkara yang dilakukan untuk anak mereka adalah yang terbaik.
Biarpun bermandi peluh di bawah sinaran matahari mahupun berkorban wang ringgit dan harta, demi membina jambatan kejayaan buat permata mereka.
Bagi mereka yang lahir dalam keluarga tidak berkemampuan, sudah tentunya amat arif dengan situasi ini.
Setiap harapan dan impian setinggi gunung disandarkan oleh ibu bapa terhadap anak mereka.
Itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna akaun Threads @exzzys atau Azida mengenai perjalananan pelajarannya hingga ke menara gading.
Kongsinya dalam hantaran tersebut, dia merupakan insan pertama dalam keluarga yang melanjutkan pengajian hingga ke peringkat tertinggi.
Meskipun datang dari keluarga yang tidak berpendidikan tinggi, ibunya menjadi tulang belakang dan pembakar semangat sepanjang meniti liku-liku pembelajaran.
Berkat keazaman dan doa yang sentiasa dititipkan daripada seorang ibu, Azida berjaya meraih Anugerah Kecemerlangan Dekan oleh Universiti Columbia.
“Saya orang pertama dalam sejarah keluarga Ibu saya untuk pergi ke sekolah. Have I always enjoyed studying? No. I only started taking my education seriously when I saw how happy it made Ibu feel.
“Ibu selalu pesan, “Orang tak berpelajaran macam Ibu ni selalu kena hina”. Dari situlah saya mula tanam azam, selagi saya hidup, saya kena angkat nama Ibu. Saya nak orang pandang Ibu dengan penuh rasa hormat.
“Today, I’ve been named the recipient of the Dean’s Excellence Award by Columbia University,” katanya.
https://www.threads.net/@exzzys/post/DIVAEx8MzVO?xmt=AQGzDm3ZeaNYmFvKK6NTlwtYdxpOTSTg7Zro5-RSgU9hpg
Perkongsian itu meraih perhatian warga maya yang turut tumpang gembira bercampur sebak dengan kejayaan yang diraihnya.
Berikut antara komen netizen;
“Tahniah adik! I may not know you but Im making du’a that you will succeed in both dunya and akhirah,” komen seorang pengguna.
“Congratulations Azida! u are smart, kind, beautiful girl..Acik doakan semoga Azida sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa di sana di perantauan, jauh dari kasih keluarga,” komen seorang lagi.
Sumber: Threads @exzzys