Siakap Keli
kawasan wajah
Gambar: AI via ChatGPT

Doktor Beri Amaran Elak ‘Sentuh’ Kawasan “Ini” Pada Wajah

Doktor Beri Amaran Elak ‘Sentuh’ Kawasan “Ini” Pada Wajah

Ramai antara kita mungkin menganggap ia hanya jerawat biasa yang boleh ditekan atau dipicit sesuka hati.

Tapi tahukah anda, ada satu kawasan di wajah yang dianggap sangat ‘bahaya’ untuk disentuh, apatah lagi dipicit secara kasar?

Seorang doktor memberi amaran keras berkenaan perkara ini selepas berlakunya satu kes yang mengejutkan.

Ia melibatkan seorang gadis muda yang hampir kehilangan nyawa hanya kerana satu ‘kesilapan kecil’ yang tidak diketahui ramai.

Bermula dengan masalah jerawat, berakhir di ICU

Menurut doktor tersebut, perkara ini terjadi kepada seorang gadis berusia 25 tahun perasan ada satu jerawat besar dan merah muncul di wajahnya — betul-betul di kawasan antara hidung dan bibir atas.

Seperti wanita lainnya, dia memicit jerawat itu di depan cermin dengan kasar.

“Sedikit darah keluar diikuti dengan rasa sakit. Namun, dia menyangka jerawat itu sudah berjaya dihapuskan.

“Dia membersihkannya, menyapu sedikit beda, dan meneruskan aktivitinya seperti biasa,” kongsi doktor tersebut.

Bagaimanapun, menjelang malam, hidungnya mulai bengkak dan terasa sangat sakit.

Tetapi, dia menyangka bahawa rasa sakit itu adalah perkara biasa selepas memicit jerawat.

Dia kemudian mengambil paracetamol dan terus tidur.

“Namun, keadaan memburuk keesokan paginya. Hidungnya kelihatan merah dan terasa sangat sakit.

“Menjelang malam, dia mengalami demam panas, sakit kepala dan rasa loya.

“Menyangka ia mungkin malaria, dia hanya mengambil ubat di rumah,” tambah doktor tersebut.

Bagaimanapun, menjelang hari kedua, gadis itu mula muntah-muntah, tidak tahan dengan cahaya dan hampir tidak mampu berdiri, sebelum akhirnya terpaksa dikejarkan ke hospital.

“Selepas ujian segera dijalankan, doktor memberikan diagnosis mengejutkan – meningitis (jangkitan pada lapisan pelindung otak dan saraf tunjang),” tambah doktor tersebut lagi.

Jangan ‘sentuh’ bahagian ini pada wajah

Doktor tersebut menjelaskan bahawa kejadian ini berlaku disebabkan perbuatan gadis itu yang memicit jerawat pada kawasan wajah yang dikenali sebagai “segitiga maut” atau danger triangle.

Untuk info, segitiga maut merujuk kepada kawasan dari bahagian atas hidung ke sudut mulut (sekitar hidung dan bibir atas).

Kawasan ini sangat sensitif kerana salur darahnya bersambung secara terus dengan otak.

“Apabila dia memicit jerawat itu, bakteria masuk ke dalam aliran darahnya dan sampai ke meninges di otaknya, menyebabkan meningitis dan memerlukan tindakan segera untuk dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU),” ujar doktor tersebut.

Justeru, doktor tersebut menasihatkan orang ramai untuk menjauhi kawasan ini, sama ada jerawat, bisul atau ingrown hair.

“Ramai orang tidak tahu bahawa sebarang jangkitan di kawasan ini boleh terus sampai ke otak, kerana salur darah di sini bersambung terus.

“Ini boleh menyebabkan jangkitan otak seperti meningitis dan nanah di otak, yang boleh membawa maut.

“Bagi mereka yang gemar bertindik hidung, perkara yang serupa boleh berlaku jika tidak mengambil langkah-langkah kebersihan yang betul,” katanya.

BACA: Wanita Kongsi ‘Rahsia’ Perjalanan Ketika Belajar, Undang Sebak Netizen

BACA: Luis Garcia Dedah Kenapa La Liga Lebih ‘Bagus’ Berbanding Liga Lain

BACA: Harga Emas Catat Rekod Tertinggi

Sumber: Instagram @drbelswellness

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.