Luis Garcia Dedah Kenapa La Liga Lebih ‘Bagus’ Berbanding Liga Lain
KUALA LUMPUR — Bekas pemain FC Barcelona dan Atletico Madrid, Luis Garcia, menyatakan bahawa La Liga mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri berbanding liga-liga utama lain.
Katanya, di Sepanyol mempunyai sistem pembangunan bola sepak yang baik, bermula dari akar umbi sehingglah ke peringkat profesional.
“Bagi saya, di Sepanyol mempunyai sistem pembangunan bola sepak yang sangat baik bermula di peringkat akademi lagi hingga ke peringkat senior, dengan jurulatih yang berpengalaman, fasiliti dan latihan berkelas dunia.
“Selain itu, kebanyakan pemain yang bermain di La Liga juga mampu bersinar di mana-mana kejohanan lain,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Siakap Keli menjelang Grand Final EA FC 25 Tournament Beat the Best di sini, Sabtu.
Tambahnya, perkara inilah yang menjadikan La Liga semakin kompetitif dan lebih menarik untuk dilihat peminat bola sepak.
Siapa bakal menjuarai La Liga musim ini?
Dalam pada itu, ketika ditanya kelab manakah yang bakal merangkul kejuaraan La Liga musim ini, Garcia memberitahu bahawa Barcelona mungkin menjuarai liga musim ini.
Namun, bekas pemain bola sepak itu tidak menolak bahawa peluang untuk pencabar terdekat Real Madrid dan Atletico Madrid masih terbuka.
Memandangkan Real dan Barca kini masih bermain di Kejohanan Eropah, Garcia menjelaskan faktor keletihan boleh menyumbang kepada keputusan akhir dalam baki saingan liga.
“Bagi saya, Barcelona kini merupakan calon utama untuk memenangi La Liga. Dan saya rasa mereka memang layak untuk itu, bukan sebagai peminat kelab itu, tetapi mereka menampilkan aksi yang konsisten sepanjang musim ini.
Untuk makluman, Ketua Pegawai Eksekutif Johor Darul Ta’zim yang baru dilantik baru-baru ini.
Selain itu, beliau juga merupakan pemegang Lesen Pro UEFA dan Sarjana Eksekutif UEFA untuk Pemain Antarabangsa selain berperanan selaku duta untuk FIFA, UEFA dan La Liga.