Siakap Keli
perisai presiden china
Gambar: VN Express

‘Perisai’ Mewah Presiden China Bukan Biasa-Biasa

‘Perisai’ Mewah Presiden China Bukan Biasa-Biasa

Kereta rasmi Presiden China, Xi Jinping, bukan calang-calang ‘perisai’. Ia adalah kereta perisai mewah buatan tempatan, Hongqi N701, yang kini menjadi perhatian dunia.

Hongqi, yang bermaksud “Red Flag” dalam bahasa Inggeris, ialah jenama kereta mewah di bawah syarikat FAW Car Co, iaitu pengeluar kereta tertua di China sejak 1959.

Sejak awal penubuhannya, Hongqi berfungsi sebagai pembuat kenderaan khas untuk pegawai tertinggi kerajaan China.

Model N701 yang digunakan oleh Presiden Xi adalah versi diubah suai daripada Hongqi L5, dan hanya 50 unit akan dibuat dalam tempoh 10 tahun.

Menurut Daily Mail, ia bukan sahaja eksklusif tetapi juga lebih mewah dan megah jika dibandingkan dengan jenama terkenal seperti Rolls-Royce Phantom.

Reka bentuk yang ‘gagah’ dan canggih

Kereta rasmi ini berukuran 18 kaki panjang, seberat sekurang-kurangnya 3.1 tan dan dikuasakan oleh enjin V12 turbocharged bersesaran enam liter dengan kuasa 408 kuasa kuda.

Meskipun besar dan berat, ia mampu mencapai kelajuan maksimum sekurang-kurangnya 136 batu sejam (lebih 218 km/j).

Bahagian hadapan N701 menampilkan lambang ikonik Hongqi, dengan jalur bendera merah yang merentasi bonet.

Ia turut dilengkapi dengan dua pemegang bendera kecil pada bahagian sisi hadapan.

Sistem perlindungan bertaraf tentera

Antara aspek paling mengagumkan tentang Hongqi N701 ialah ciri keselamatannya yang luar biasa.

Kereta ini dilengkapi dengan plat perisai tahan roket, tayar getah 21 inci kalis peluru, tingkap kaca tebal kalis peluru serta sistem perlindungan daripada senjata kimia dan biologi.

Kebanyakan spesifikasinya dirahsiakan atas faktor keselamatan negara, namun sudah cukup diketahui bahawa ia direka khas untuk melindungi pemimpin tertinggi China daripada sebarang ancaman.

Sumber: Daily Mail

Lambang patriotisme dan dasar buatan China

Presiden Xi Jinping sebelumnya secara terbuka menegaskan bahawa pemimpin China harus menggunakan kereta buatan tempatan.

Pada 2012, beliau pernah menyatakan bahawa “tidak wajar duduk dalam kereta buatan asing”.

Beliau juga memuji pemimpin negara lain yang juga menggunakan kenderaan tempatan sebagai simbol kebangsaan.

Untuk info, kereta L5 yang menjadi asas kepada N701 pernah dinobatkan sebagai kereta buatan China paling mahal dengan harga sekitar USD700,000 (anggaran RM3.3 juta).

Kini, model N701 pula meneruskan legasi tersebut dengan nilai dan reka bentuk yang lebih eksklusif.

BACA: Tak Pernah Withdraw, KA Kongsi Mana Pergi ‘Gift’ TikTok Lebih RM30 Ribu

BACA: Perbezaan Mesin Basuh Top Load Jenis “Belting” & “Direct Drive”

BACA: Tun M Akhirnya Buka Kapsul Masa Wawasan 2020 

Sumber: Daily Mail

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.