Siakap Keli
kapsul masa Tun M
Gambar: BERNAMA

Tun M Akhirnya Buka Kapsul Masa Wawasan 2020 

Tun M Akhirnya Buka Kapsul Masa Wawasan 2020 

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara rasmi telah membuka kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam di Menara Kuala Lumpur (KL) pada 1996.

Berlangsung di Terrace, Menara KL, majlis istimewa bertemakan ‘Raikan Raya Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad’ itu turut diserikan dengan kehadiran ramai tetamu kenamaan termasuk bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Meski kini hampir mencecah usia 100 tahun, Tun M tetap hadir menyempurnakan pembukaan kapsul tersebut walau dalam keadaan tangannya berbalut dipercayai akibat kecederaan tertentu.

Untuk makluman, kapsul masa itu telah ditanam oleh Tun M sendiri pada 1 Oktober 1996 bersempena majlis perasmian Menara KL.

Kapsul ini sepatutnya dibuka pada tahun 2020. Namun, berikutan pelbagai faktor termasuk penularan pandemik COVID-19, majlis pembukaannya terpaksa ditangguhkan sehingga kini.

Apa yang ada di dalam kapsul masa Wawasan 2020?

Difahamkan, kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun M mengandungi pelbagai dokumen dan bahan penting yang berkait rapat dengan aspirasi negara ketika beliau masih menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Ke-4 Malaysia.

Berdasarkan rakaman video oleh beberapa pengguna TikTok yang berada di sekitar majlis, antara barangan yang ditemui di dalam kapsul masa itu termasuklah:

  • Sebuah bekas meletak pen berserta pen berwarna emas
  • Sebuah pita video
  • Wang kertas RM2
  • Sebuah telefon pejabat
  • Setem bergambar Menara KL
  • Beberapa keping gambar dan dokumen bersejarah
  • Poster serta poskad dengan imej Menara KL

https://www.facebook.com/MukhrizMahathirFC/posts/pfbid0R5U8Kq3SgUBpBYbp8cBKdswA58Y4bAMTXJ4xqFZNaodcvFUwcjKBHxbvTcD5TEASl

Dalam pada itu, menerusi perkongsian anak beliau, Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir di laman Facebook, Tun M turut mendeklamasikan sebuah sajak berjudul “Perjuangan Yang Belum Selesai” yang juga telah disimpan di dalam kapsul tersebut.

Menurut Mukhriz, sajak berkenaan pernah dibacakan oleh ayahnya pada 1996 di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang.

BACA: Lawatan Negara Presiden China: Akses Ke KLIA Terminal 2 Ditutup Sementara Pada 15 Dan 17 April

BACA: Ahli Politik Didakwa Tunjuk Senjata Api, Polis Jalankan Siasatan

BACA: Harga Emas Naik Lagi, Catat Rekod Baharu

Sumber: Facebook Mukhriz Mahathir

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.