Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
kapsul masa menara kl
Kredit: Orang awam
Tiada Kategori

Akhirnya Dibuka, Ini Barang Dalam Kapsul Masa Menara KL

Azizah Najib

Akhirnya Dibuka, Ini Barang Dalam Kapsul Masa Menara KL

28 tahun lalu, bekas Perdana Menteri Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyimpan satu kapsul masa di Menara Kuala Lumpur (KL) bersempena perasmian menara tersebut pada 1 Oktober 1996.

Pada 13 April 2025, satu majlis telah diadakan dengan kehadiran Tun Mahathir yang selesa dipanggil Tun M, untuk membuka kapsul masa berkenaan. Beberapa orang tokoh politik turut dilihat menghadiri majlis berkenaan termasuk bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum dibuka, Tun M kelihatan begitu sebak ketika memegang anak kunci peti besi yang menyimpan Kapsul Masa Wawasan 2020 itu.

Isi kapsul

Antara isi kapsul masa yang sempat dirakam beberapa pengguna TikTok termasuk satu bekas meletak pen berserta pen berwarna emas, sebuah pita video, wang kertas RM2, sebuah telefon pejabat dan setem gambar Menara Kuala Lumpur.

Selain itu, beberapa keping gambar dan dokumen bersejarah turut disimpan di dalam kapsul masa Menara KL itu. Malah, poster dan poskad dengan gambar Menara Kuala Lumpur turut dikeluarkan daripada kapsul masa tersebut.

Kredit: Facebook Mukhriz Mahathir

Menerusi perkongsian anak beliau di laman Facebook, Dato Seri Utama Mukhriz, Tun M turut mendeklamasikan sajak yang juga disimpan di dalam kapsul berkenaan. Menurut Mukhriz, sajak berjudul ‘Perjuangan Yang Belum Selesai’ ini pernah beliau bacakan di MATIC, Jalan Ampang pada tahun 1996.

puisi kapsul masa wawasan 2020
Kredit: Facebook Mukhriz Mahathir

Tahukah anda? Sebenarnya terdapat beberapa lagi kapsul masa yang telah ditanam oleh Tun M di pelbagai lokasi berbeza.

Malah, ada juga kapsul masa yang ditanam sendiri oleh Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kapsul-kapsul masa Tun M ini ditanam di Menara Kuala Lumpur, Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang dan Taman Putra Perdana Putrajaya. Satu lagi kapsul masa turut ditanam di Dataran Pahlawan Megamall, Melaka pada tahun 1993.

Kapsul masa di Bangunan Bursa Saham Kuala Lumpur pula ditanam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memegang jawatan Menteri Kewangan.

Lebih menarik lagi, terdapat satu kapsul masa diamanatkan oleh Tun M untuk dibuka selepas genap 100 tahun ditanam iaitu 2087. Kapsul masa yang pada asalnya ditanam di The Mall, kini difahamkan berada di pejabat pengurus besar Sunway Putra Mall, menurut Astro Awani.

Malah, Perbadanan Putrajaya turut berkongsi satu lagi kapsul masa yang berada di bawah Monumen Alaf Baru.

Sumber: Facebook Mukhriz Mahathir, TikTok @gedungjadz, @budakparlimen, Astro Awani, Perbadanan Putrajaya

BACA: Harga Emas Catat Rekod Tertinggi

BACA: Tiga Penghidap Penyakit Mental Ini Layak Terima Bantuan MySalam