Siakap Keli
amaran ribut petir
Sumber: METMalaysia

Amaran Ribut Petir Di Kebanyakan Kawasan Hingga Malam Ini

Amaran Ribut Petir Di Kebanyakan Kawasan Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan kawasan hingga 9 malam ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Tidak hanya itu, keadaan sama dijangka turut melanda keseluruhan negeri Perak, Selangor dan Melaka, serta Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, selain Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan.

“Di Terengganu, daerah yang terlibat adalah Besut, Hulu Terengganu dan Dungun, manakala di Pahang membabitkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong.

“Selain itu, Negeri Sembilan membabitkan daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

“Di Johor pula, daerah yang terlibat adalah Tangkak, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” maklum METMalaysia.

Sementara itu, daerah terlibat di Sarawak adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Betong), Bintulu (Bintulu), Miri dan Limbang.

Manakala di Sabah membabitkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat.

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Saintis Laut Dalam Dakwa Temui ‘SpongeBob dan Patrick’ Dunia Sebenar

BACA: Bising Tiap Bulan Duit Tak Cukup, 5 Punca Gaji Selalu Habis Sebelum Waktunya

BACA: Festival Bunga Calla Lily & Hydrangea Tasik Buluh 2025: Destinasi Floral Terbaik untuk Kaki Foto!

Sumber: METMalaysia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.