Siakap Keli
SpongeBob Patrick Dunia Sebenar
Gambar: Nickelodeon/X, Christopher Mah/X

Saintis Laut Dalam Dakwa Temui ‘SpongeBob dan Patrick’ Dunia Sebenar 

Saintis Laut Dalam Dakwa Temui ‘SpongeBob dan Patrick’ Dunia Sebenar 

Baru-baru ini, kembali tular penemuan unik oleh saintis laut dalam, yang disifatkan ramai sebagai versi dunia sebenar watak kartun popular, SpongeBob dan Patrick.

Dalam penemuan itu, sekumpulan saintis dari Amerika Syarikat (AS) berjaya merakam imej dua makhluk laut yang dipercayai menyerupai watak ikonik daripada animasi SpongeBob SquarePants di dasar Lautan Atlantik.

Difahamkan, penemuan tersebut berlaku semasa satu ekspedisi laut dalam yang dikendalikan oleh National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA).

Dalam misi itu, mereka menggunakan sebuah kenderaan kawalan jauh bawah laut yang dikenali sebagai Retriever Seamount.

Ketika menyelam pada kedalaman melebihi 1,800 meter, kamera kenderaan tersebut merakamkan imej seekor span laut berwarna kuning yang kelihatan seperti SpongeBob.

Ia duduk bersebelahan dengan seekor tapak sulaiman berwarna merah jambu yang menyerupai Patrick.

Ahli biologi marin dari Smithsonian’s National Museum of Natural History, Christopher Mah sebelumnya berkongsi kegembiraannya terhadap penemuan tersebut dengan memuat naik gambar berkenaan di laman Twitter.

https://x.com/echinoblog/status/1420069675036147713

Dalam temu bual bersama Business Insider, Mah menjelaskan bahawa perbandingan itu dibuat secara santai.

Namun, dalam kes ini, menurutnya warna dan susunan kedua-dua haiwan laut tersebut benar-benar menyerupai karakter kartun asal.

“Sebagai pakar dalam kajian tapak sulaiman, saya tahu kebanyakan gambaran kartun tentang mereka tidak tepat. Tapi kali ini, memang ada persamaan yang ketara,” ujarnya.

Hubungan ‘SpongeBob dan Patrick’ di dunia sebenar mungkin tak seindah yang kita sangka…

Akan tetapi, Mah turut menjelaskan bahawa berbeza dengan persahabatan erat antara SpongeBob dan Patrick dalam animasi. Hubungan sebenar antara kedua-dua haiwan ini sebenarnya tidaklah ‘seharmoni’ itu.

Menurutnya, tapak sulaiman tersebut yang dipercayai daripada spesies Chondraster, berkemungkinan sedang mengintai span laut spesies Hertwigia sebagai ‘makanan’.

Malah, beliau turut memuat naik satu lagi gambar daripada ekspedisi NOAA pada 2013 yang menunjukkan seekor Chondraster sedang memakan span laut.

https://x.com/echinoblog/status/1421501722485137412?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1421501722485137412%7Ctwgr%5E3ad92c07835879e161f23c5c24e7031444fd021c%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.foxnews.com%2Fscience%2Fscientists-find-real-life-patrick-spongebob-ocean-expedition

Untuk info, penemuan menarik ini berlaku dalam misi North Atlantic Stepping Stones: New England and Corner Rise Seamounts oleh kapal penyelidik NOAA, Okeanos Explorer.

Ekspedisi yang berlangsung selama sebulan pada 2021 itu bertujuan meneroka kawasan laut dalam di pesisir timur AS yang masih kurang diketahui.

NOAA memaklumkan bahawa misi tersebut menggabungkan penyelidik di darat dan di laut secara serentak dengan menggunakan teknologi telepresensi.

Sebanyak 25 penyelaman menggunakan kenderaan ROV dirancang sepanjang misi, meliputi kedalaman antara 250 hingga 4,000 meter dari 2 Julai hingga 28 Julai.

Kawasan yang diterokai termasuk habitat ikan, komuniti karang dan span laut.

Ia turut merangkumi kawasan kaya dengan mineral marin serta pelbagai ekosistem unik di sekitar Northeast Canyons and Seamounts Marine National Monument.

Ekspedisi ini juga merupakan sebahagian daripada program jangka panjang Atlantic Seafloor Partnership for Integrated Research and Exploration (ASPIRE).

Ia merupakan sebuah kerjasama antarabangsa yang bertujuan memperluas pemahaman global terhadap Lautan Atlantik Utara.

BACA: Festival Bunga Calla Lily & Hydrangea Tasik Buluh 2025: Destinasi Floral Terbaik untuk Kaki Foto!

BACA: Amazfit Umumkan Jam Pintar Bip 6: Jam Pintar Harian untuk Setiap Masa, Kini Tersedia di Malaysia

BACA: AI Tawar Peluang Pertumbuhan kepada Penjual eDagang Malaysia Walaupun Berdepan Cabaran Penggunaan, Menurut Laporan Lazada

Sumber: Fox News

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.