Siakap Keli

Chery Malaysia Serahkan 50 Kenderaan Kepada Mangsa Kebakaran Putra Heights

SUBANG JAYA, 14 APRIL – Chery Corporate Malaysia telah menyempurnakan penyerahan  kesemua 50 kenderaan di bawah Program Bantuan Kenderaan Sementara kepada keluarga  yang terjejas akibat insiden letupan gas di Putra Heights, Selangor. 

Inisiatif ini, diumumkan pada 2 April (sehari selepas insiden), adalah sebahagian daripada  komitmen berterusan Chery dalam menyokong komuniti tempatan ketika berdepan krisis.  Chery telah menyerahkan 25 kenderaan pada 4 April untuk kumpulan pertama, diikuti baki  kenderaan kepada untuk penerima terakhir, pada minggu lepas (9 April). 

Program Bantuan Kenderaan Sementara ini bertujuan untuk membantu keluarga yang terjejas  dengan menyediakan pengangkutan sementara bagi membolehkan mereka mendapatkan  perkhidmatan penting seperti perjalanan harian, janji temu perubatan, dan menghantar anak anak ke sekolah. 

Chery Corporate Malaysia telah bekerjasama dengan Pejabat YAB Dato’ Seri Amirudin Shari,  Dato’ Menteri Besar Selangor, YB Ng Sze Han, EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti  Selangor, serta pihak berkuasa tempatan dalam menyelaraskan pengagihan kenderaan bagi  memastikan pelaksanaan program ini berjalan lancar. 

Pinjaman kenderaan selama sebulan ini turut merangkumi bantuan wang petrol sebanyak  RM100 kepada setiap penerima. Selain itu, Chery juga telah menyumbangkan RM50,000  kepada Masjid Putra Heights yang telah memberi perlindungan kepada lebih 80 keluarga  terkesan. Sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban operasi masjid, khususnya  dalam menangani kos utiliti dalam menyokong usahanya sebagai pusat pemindahan  sementara. 

Chery Malaysia kekal komited untuk menjadi lebih daripada sekadar syarikat automotif – kami  ingin terus menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: