Penulis Lirik Veteran, Yusnor Ef Meninggal Dunia
SINGAPURA — Penulis lirik tersohor era kegemilangan Studio Jalan Yusnor Ef atau nama sebenarnya, Mohamed Noor Mohamed Yusofe meninggal dunia pada usia 87 tahun, lapor Astro AWANI.
Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sengkang sekitar jam 2 pagi tadi.
Khabar duka itu pemergian Yusnor disahkan oleh anaknya, Noreeta Mohamed Noor, 47.
Allahyarham sebelum ini mengadu mengalami sesak nafas pada hari sebelum dimasukkan ke wad, petik BERITA Mediacorp.
“Beliau juga mengalami masalah jantung kronik sejak lebih 20 tahun lalu,” katanya.
Dalam pada itu, Rahmad Basir yang juga menantu Yusnor Ef juga memaklumkan bapa mertuanya akan dibawa pulang ke 99 Saraca Terrace.
Untuk makluman, Allahyarham telah berkecimpung dalam dunia seni selama lebih lima dekad dan merupakan penulis lagu prolifik serta penggiat budaya yang aktif.
Yusnor juga telah menulis ratusan lirik lagu ciptaan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Allahyarham Zubir Said dan ramai lagi hingga meraih anugerah Bintang Bakti Masyarakat.
Anita Sarawak, Allahyarham Datuk Ahmad Jais dan Sanisah Huri antara artis tersohor yang menyanyikan lirik lagu ciptaannya.
Sumber: Astro AWANI