Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kelebihan & Kekurangan Antena Jenis Shark Fin & Antena Biasa

Nur Alissa
kelebihan kekurangan antena shark fin
Sumber: TikTok @Altimat saujana

Kelebihan & Kekurangan Antena Jenis Shark Fin & Antena Biasa

Seiring perkembangan waktu, pelbagai inovasi dan ciptaan teknologi berkembang dengan begitu pesat khususnya dalam bidang automotif.

Berbanding dengan kenderaan terdahulu, kereta kini dilengkapi dengan ciri keselamatan dan teknologi yang jauh lebih canggih.

Salah satunya antena pada bumbung kereta. Umum mengetahui, antena pada kereta berfungsi untuk memainkan radio dan lagu-lagu mengisi sepanjang perjalanan anda memandu.

Bercakap mengenai antena, terdapat dua jenis antena yang sering digunakan oleh orang ramai iaitu antena jenis Shark Fin (sirip ikan) dan biasa.

Kini, ramai pengguna kenderaan lebih gemar menggunakan antena jenis Shark Fin berbanding antena jenis biasa pada kereta. Mengapa?

Sehubungan itu, SK hari akan berkongsikan perbezaan di antara kelebihan dan kekurangan kedua-dua model antena ini di bawah.

Perbezaan Antena Biasa Dan Antena Shark Fin

Menurut seorang mekanik, kedua-dua jenis antena ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, khususnya dari segi frekuensi radio.

antena kereta
Sumber: TikTok @Altimatsaujana

Antena Biasa

Dari segi reka bentuk, antena jenis biasa berbentuk panjang dan nipis seperti lidi. Antena ini digunakan pada model lama mahupun yang baru.

Oleh kerana ia dipasang dalam keadaan menegak atau mengiring, antena jenis ini biasanya lebih mudah rosak atau patah terutamanya semasa proses cucian kereta.

Biarpun rekaannya kelihatan klasik, antena jenis ini sebenarnya dapat menangkap frekuensi dengan lebih cekap berbanding antena moden selain kos penyelenggaraannya yang lebih murah.

Antena Shark Fin

Sumber: TikTok @Altimatsaujana

Sementara itu, antena shark fin pula semakin popular kerana reka bentuknya yang lebih aerodinamik dan sporty, menjadikannya pilihan ramai pengguna.

Lebih-lebih lagi, antena ini juga lebih kurang risiko untuk patah termasuk menerima pelbagai frekuensi tanpa wayar selain radio, antaranya Wi-Fi, GPS dan Bluetooth.

Walau bagaimanapun, kelemahan utama antena shark fin ini adalah keupayaannya yang kurang efisien dalam menangkap isyarat radio berbanding antena biasa.

Tambahan lagi, kos untuk membaiki antena jenis shark fin ini jauh lebih tinggi berbanding antena konvensional.

Semoga bermanfaat.

Sumber: TikTok @Altimatsaujana

BACA: Keliru Ikut Aplikasi Navigasi, Kereta Terjunam Dari Jejambat Belum Siap

BACA: Sesuai Jadikan Hidangan Rumah Terbuka, Ini Resipi Roti Jala Lembut

BACA: Tip Masak Kuah Laksam Pekat Berlemak, Makan Pasti Menambah