Siakap Keli
Pope Francis Meninggal Dunia
Gambar: AFP

Pope Francis Meninggal Dunia

Pope Francis Meninggal Dunia

Pemimpin tertinggi Gereja Katolik, Pope Francis dilaporkan meninggal dunia pada usia 88 tahun pada pagi, hari ini.

Berita pemergian beliau diumumkan secara rasmi oleh Kardinal Kevin Farrell, Camerlengo bagi Dewan Kerasulan, pada jam 9.45 pagi dari kediaman beliau di Casa Santa Marta.

“Dengan dukacita yang mendalam, saya mengumumkan bahawa Pope Francis telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.35 pagi ini,” kata Kardinal Farrell.

Pope Francis, yang nama sebenarnya Jorge Mario Bergoglio, dimasukkan ke Hospital Poliklinik Agostino Gemelli pada 14 Februari 2025 selepas mengalami masalah pernafasan akibat bronkitis.

Keadaannya bertambah buruk beberapa hari kemudian apabila beliau disahkan menghidap radang paru-paru dua belah (bilateral pneumonia) pada 18 Februari.

Setelah 38 hari dirawat di hospital, beliau dibenarkan pulang ke Casa Santa Marta untuk meneruskan proses pemulihan. Namun, keadaan kesihatannya terus merosot.

Untuk info, sejak usia muda lagi, Pope Francis mengalami masalah pernafasan.

Pada 1957, ketika berusia awal 20-an, beliau menjalani pembedahan di Argentina bagi membuang sebahagian paru-parunya akibat jangkitan yang teruk.

Masalah kesihatan ini sering berulang sepanjang hayatnya, termasuk penangguhan lawatan ke Emiriah Arab Bersatu pada November 2023 disebabkan selesema dan keradangan paru-paru.

Pada April 2024, Pope Francis telah meluluskan edisi terkini buku liturgi Ordo Exsequiarum Romani Pontificis.

Buku ini akan digunakan sebagai panduan dalam misa pengebumiannya yang akan diumumkan kelak.

BACA: Kenyataan Berhubung Keutamaan Kemenangan Politik Berbanding Ibadah Umrah, Haji – JAKIM

BACA: KPM Latih Semula Lebih 100,000 Guru Dalam Pedagogi Digital – Fadhlina

BACA: KPM Sedia Laksana PdPR Semasa Sidang Kemuncak ASEAN

Sumber: Vatican News

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.