5 Negara IQ Tertinggi & Terendah
Dalam dunia yang semakin berkembang dengan teknologi dan inovasi, kecerdasan manusia menjadi aset penting dalam menentukan kemajuan sesebuah negara.
Buktinya, pelbagai teknologi baharu diperkenalkan setiap tahun seperti cip pemprosesan gajet, dan terbaharu kecerdasan buatan (AI) yang menjadi “game changer” dalam dunia ketika ini.
Semuanya bermula dengan keupayaan manusia untuk berfikir secara kritis, berinovasi dan menyesuaikan diri dengan perubahan pesat ini. Tahap kecerdasan atau IQ (Intelligence Quotient) inilah yang membolehkan manusia untuk semakin berkembang pesat dalam dunia teknologi.
Meskipun IQ bukan satu-satunya penanda aras kejayaan, ia tetap menjadi ukuran yang sering digunakan untuk memahami potensi intelektual sesebuah masyarakat.
Apa itu IQ?
IQ atau Intelligence Quotient, ialah ukuran keupayaan kognitif seseorang termasuk cara mereka berfikir, menyelesaikan masalah, belajar dan memahami konsep baharu.
Skor ini sering digunakan untuk menggambarkan tahap kecerdasan purata sesebuah populasi.
Baru-baru ini, data daripada WorldData.info mendedahkan kedudukan negara-negara di dunia berdasarkan skor IQ purata.
Jom kita lihat senarai negara yang berada di kelompok teratas dan bawah.
Negara IQ Tertinggi & Terendah
1. Hong Kong (106)
2. Jepun (106)
3. Singapura (106)
4. Taiwan (106)
5. China (105)

Negara IQ Terendah
1. Nepal (51)
2. Sierra Leone (52)
3. Guatemala (55)
4. Gambia (55)
5. Equatorial Guinea (56)

Peringkat Asia Tenggara
Singapura merupakan negara dengan nilai purata IQ tertinggi di rantau Asia Tenggara, dengan purata IQ 106 sekali gus menjadi negara
Sementara itu, Malaysia berada di tangga 49 (ke-4 di rantau Asia Tenggara selepas Kemboja dan Vietnam) dengan nilai IQ 89.
Myanmar, Thailand pula turut berkongsi nilai IQ 89, dengan masing-masing berada di carta ke-50 dan ke-51.
Manakala purata IQ rakyat Brunei pula adalah IQ 88, berada di tangga ke-53 dunia diikuti Filipina dan Laos yang berkongsi nilai IQ 83 di tangga ke- 70 dan ke- 73.
Di Indonesia pula, purata IQ yang direkodkan adalah sebanyak IQ 80 dan berada di kedudukan ke-83.
Sumber: WorldData.info