Cara Daftar Akaun-i eGold Bank Rakyat
Seperti yang diketahui, Bank Rakyat pada Rabu lalu telah melancarkan produk terbaharunya, Akaun-i eGold, sebuah platform pelaburan emas digital patuh syariah.
Dalam kenyataan itu, Bank Rakyat memaklumkan Akaun-i eGold membolehkan pelanggan memiliki emas berkualiti 999.9 yang diiktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA), dengan pelaburan serendah RM10.
Selepas pengenalan platform baharu ini, ramai yang tertanya bagaimana untuk membuat mendaftar Akaun-i eGold.
Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan langkah untuk membuka dan membeli emas di Akaun-i eGold Bank Rakyat.
Pendaftaran Akaun-i eGold Bank Rakyat
Pertama, anda mestilah mempunyai Akaun Semasa-i, Akaun Simpanan-i, atau Akaun Pelaburan-i serta akses kepada perkhidmatan perbankan internet iRakyat.
Jika belum, kunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat terdekat untuk pembukaan akaun.
Kedua, layari www.irakyat.com.my dan log masuk iRakyat menggunakan ID dan kata laluan anda.
Ketiga, pada paparan hadapan skrin, menu “Pelaburan” dan klik “Akaun-i eGold”. Kemudian Klik “Pembukaan Akaun Baru” dan baca serta setuju dengan terma dan syarat yang diberikan.
Pembelian Emas Di Akaun-i eGold
Pertama, log masuk akaun iRakyat, kemudian pilih “Akaun-i eGold” dan klik “Buy Gold”.
Kedua, masukkan maklumat yang diminta dan klik butang “Calculate”. Sekiranya bersetuju, klik pada Terma dan Syarat kemudian klik butang “Submit”.
Ketiga, anda akan menerima pengesahan iSecure melalui peranti telefon bimbit yang didaftarkan untuk iRakyat dan berjaya.
@mybankrakyat Ingin membeli emas melalui Akaun-i eGold Bank Rakyat? Ikuti langkah tertera bagi pembelian emas melalui platform iRakyat. Tertakluk T&S. #BankPilihanAnda #BankRakyat #DKN2030 #KUSKOP #MalaysiaMADANI
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my atau hubungi Pusat Perhubungan Bank Rakyat di 1-300-80-5454 atau kunjungi cawangan terdekat.
Sumber: Bank Rakyat