Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri termasuk kesemua Wilayah Persekutuan hingga jam 5 petang ini.
Dalam kenyataan tersebut, keseluruhan negeri Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan diramal hujan.
Manakala beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah juga dijangka hujan.
“Di Kedah, kawasan yang terlibat adalah Kubang Pasu, Padang Terap dan Sik. Manakala di Pulang Pinang melibatkan Barat Daya dan Timur Laut.
“Selain itu, di Perak, daerah yang terlibat adalah Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim. Di Kelantan, kawasan yang terlibat adalah Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai sementara Terengganu di Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
“Beberapa daerah di Pahang juga diramal hujan seperti Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin. Manakala di Johor melibatkan kawasan Segamat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching (Bau dan Kuching), Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Bintulu, Miri (Miri) dan Limbang. Di Sabah pula termasuk Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” Maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia