Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri sehingga jam 6 petang ini.
Menurut kenyataan, beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh kawasan Perlis, Terengganu diramal hujan.
"Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak pula seperti Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
"Selain di Kelantan melibatkan daerah Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang dijangka hujan. Bagi Pahang, Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin antara daerah yang dijangka hujan.
"Sementara Selangor, hanya daerah Hulu Selangor dijangka hujan. Di Johor pula melibatkan Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
"Beralih ke Sarawak, kawasan yang dijangka hujan adalah Kuching (Bau dan Kuching), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.
"Di Sabah termasuk kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan