Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PH 'Menang' Undi Popular, Raih Lebih 256,000

PH 'Menang'
Kredit: Bernama

PH 'Menang' Undi Popular, Raih Lebih 256,000

Pakatan Harapan (PH) muncul sebagai parti yang memperoleh undi paling popular atau undi paling banyak pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN-16) Negeri Sembilan dengan meraih sebanyak 256,386 undi.

Berdasarkan data keputusan yang dipaparkan di laman rasmi electiondata.my, jumlah itu mewakili 40.2 peratus daripada keseluruhan undi yang diterima parti dan calon yang bertanding pada pilihan raya berkenaan.

Manakala Barisan Nasional (BN) pula berada di kedudukan kedua dengan memperoleh 227,067 undi atau 35.6 peratus, menyaksikan perbezaan sebanyak 29,319 undi berbanding PH.

Sementara itu, Perikatan Nasional (PN) merekodkan 130,407 undi, bersamaan 20.4 peratus daripada keseluruhan undi.

BERSATU pula meraih 16,757 undi atau 2.6 peratus, diikuti BERJASA dengan 5,844 undi atau 0.9 peratus.

Calon-calon Bebas secara keseluruhan memperoleh 1,337 undi, manakala Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Aspirasi Sains Malaysia (ASLI) masing-masing mencatatkan 400 undi serta 179 undi.

Keputusan itu menunjukkan PH kekal sebagai pilihan terbesar pengundi Negeri Sembilan dari segi jumlah undi keseluruhan yang diterima dalam PRN kali ini.

Intipati
  • PH meraih 256,386 undi, mewakili 40.2 peratus undi PRN-16 Negeri Sembilan.
  • BN berada di tempat kedua dengan 227,067 undi, kurang 29,319 undi berbanding PH.
  • PN mencatatkan 130,407 undi, manakala parti kecil dan calon Bebas memperoleh jumlah lebih rendah.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan