Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri dan 1 Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 8 malam ini.
Menurut kenyataan, beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh WP Labuan dijangka hujan.
"Di Kedah, kawasan yang diramal hujan adalah Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Pulau Pinang pula Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
"Selain di Perak melibatkan daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim. Bagi Kelantan, beberapa kawasan seperti Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah dan Machang diramal hujan.
"Sementara itu, di Terengganu termasuk Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Dungun. Beberapa daerah di Pahang seperti Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Rompin turut diramal hujan.
"Selain itu, di Selangor pula melibatkan kawasan Sabak Bernam dan Hulu Selangor. Manakala di Johor seperti Kluang dan Mersing.
"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kuching, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau).
"Di Sabah pula termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan