Siakap Keli
amaran hujan lebat malam
Kredit: Bernama

Amaran Hujan Lebat Malam Ini Di 10 Negeri, 1 Wilayah

Amaran Hujan Lebat Malam Ini Di 10 Negeri, 1 Wilayah

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan 10 negeri dan satu Wilayah Persekutuan hingga 9 malam ini.

Amaran yang dimuat naik di laman Facebook itu menjangkakan seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang bakal menerima hujan lebat. Cuaca buruk turut dijangka landa seluruh negeri Melaka dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Di Perak, kawasan yang dijangka hujan lebat melibatkan kebanyakan kawasan antaranya daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Hulu Perak. Begitu juga daerah Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Turun ke Negeri Sembilan, MetMalaysia meramalkan daerah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin bakal hujan lebat. Manakala di Johor, daerah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing turut dijangka hujan lebat.

Beralih ke Pahang, ramalan cuaca menunjukkan hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di daerah Jerantut, Bentong dan Kuantan.

Terus ke Sarawak, daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong) dan Sarikei (Pakan dan Julau) tersenarai dijangka menerima hujan lebat. Malah, daerah Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang . Di Sabah, daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan) dan Tawau (Tawau) juga disenarai oleh MetMalaysia.

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum jabatan berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pihak kerajaan bercadang menggunakan pendekatan kolam takungan air pelbagai guna sebagai salah satu usaha mitigasi banjir negara. Pendekatan tersebut turut bertujuan mengurangkan kerugian yang dialami berikutan kejadian banjir, lapor Bernama.

Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu turut menambah, kolam tersebut bertujuan menakung air hujan bagi kegunaan simpanan musi kemarau.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) (1), Bernama

BACA: 40 Maut, Lebih 1,000 Cedera Dalam Insiden Di Pelabuhan Shahid Rajaee

BACA: Mahkamah Rayuan Arah Yasin Ditempatkan Di Hospital Bahagia Di Bawah Perkenan Sultan Selangor

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.