Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

PDRM Buka Kaunter Saman di Axiata Arena, 1 Mei Ini

pdrm diskaun saman
Gambar: Bernama

PDRM Buka Kaunter Saman di Axiata Arena, 1 Mei Ini

KUALA LUMPUR — Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kaunter pembayaran saman dengan pengurangan sehingga 50 peratus bersempena Karnival Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 pada 1 Mei 2025, Khamis ini.

Menurut perkongsian Kementerian Sumber Manusia dalan hantaran, kaunter bayaran pengurangan kadar saman PDRM akan dibuka seawal jam 8 pagi hingga jam 4 petang bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Sehubungan itu, orang ramai digalakkan untuk membuat semakan awal saman yang dimiliki terlebih dahulu menerusi portal dan aplikasi MyBayar PDRM, sebelum hadir ke kaunter bayaran saman bagi mengelakkan kesesakan dan melancarkan proses pembayaran saman.

“Jangan lepaskan peluang untuk selesaikan saman anda dengan kadar diskaun yang menarik.

“Datang beramai-ramai, sambil bayar saman, sambil enjoy aktiviti menarik di karnival.

“Jom ramai-ramai ke Karnival Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 dengan tema Pekerja KESUMA Bangsa,” maklum kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, imbas kos QR pada poster atau layari pautan https://www.mohr.gov.my/haripekerja/.

Sumber: Kementerian Sumber Manusia

BACA: Abu Dhabi Cipta Laluan Pejalan Kaki Penyaman Udara Pertama Di Dunia

BACA: Individu Tertua Di Jepun Meninggal Dunia Pada Usia 115 Tahun

BACA: Kumpulan Pertama Jemaah Haji Malaysia Berlepas Ke Tanah Suci