Siakap Keli
negeri hujan petang
Gambar: Bernama

Enam Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Enam Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga jam 4 petang ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, dan Sabah terlibat.

Manakala keseluruhan kawasan di Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Kuala Lumpur di ramal hujan.

“Di Terengganu, daerah yang terlibat hanya Dungun, manakala di Pahang pula di Rompin.

“Selain itu, di Negeri Sembilan, daerah yang terlibat hanya Jelebu, manakala Johor melibatkan kawasan Segamat, Batu Pahat dan Kluang.

“Beralih ke Sabah, kawasan yang terlibat termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, dan Nabawan), dan Tawau (Lahad Datu),” maklum METMalaysia.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02tYXPQRPk3yde8K3TtxEAtAaqZDxiPEtg4o1eDRbX9H48ku2GMW9VdcLdzFe3arETl

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Pakistan Dakwa India Rancang Serangan Ketenteraan Dalam Tempoh Terdekat

BACA: Harga Kawalan, Subsidi Telur Ayam Ditamatkan Dalam Dua Fasa, Bermula Esok

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.