Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
pakistan dakwa india serangan
Gambar: AFP

Pakistan Dakwa India Rancang Serangan Ketenteraan Dalam Tempoh Terdekat

Iqbal Yasir

Pakistan Dakwa India Rancang Serangan Ketenteraan Dalam Tempoh Terdekat

ISLAMABAD — Ketegangan antara India dan Pakistan semakin memuncak apabila Menteri Penerangan Pakistan, Attaullah Tarar mendakwa India merancang satu serangan ketenteraan dalam masa terdekat, berdasarkan maklumat risikan, lapor AFP.

Kenyataan itu dibuat selepas Perdana Menteri India, Narendra Modi mengadakan mesyuarat tertutup bersama ketua tentera dan keselamatan pada hari sebelumnya.

Susulan itu, Tarar memberi amaran bahawa sebarang pencerobohan dari India akan dibalas dengan tindakan tegas, sambil mendakwa India menggunakan insiden serangan berdarah di Pahalgam sebagai alasan.

“Berdasarkan maklumat risikan yang dipercayai, India berniat melancarkan serangan ketenteraan dalam tempoh 24 hingga 36 jam dengan menggunakan insiden Pahalgam sebagai alasan,” kata Tarar.

Untuk maklumat, Pahalgam merupakan sebuah kawasan pelancongan terkenal di Kashmir yang ditadbir India.

Bagaimanapun, sekurang-kurangnya 26 orang dilaporkan terkorban dalam serangan yang berlaku pada 22 April lalu di lokasi berkenaan.

Rentetan itu, berlaku tembakan antara kedua-pihak di sepanjang Garis Kawalan (LoC), iaitu sempadan de facto Kashmir, dengan tentera India melaporkan insiden tembakan senjata ringan selama enam malam berturut-turut.

Walau bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Cetus Kebimbangan Antarabangsa

Insiden ini turut mencetuskan kebimbangan masyarakat antarabangsa, dengan beberapa kuasa besar termasuk Amerika Syarikat, China, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru kedua-dua negara nuklear itu berdamai.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, dilaporkan telah menghubungi Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dan Menteri Luar India Subrahmanyam Jaishankar untuk menawarkan bantuan diplomatik bagi meredakan ketegangan.

Kashmir, wilayah majoritinya Muslim menjadi wilayah bergolak sejak India dan Pakistan mencapai kemerdekaan pada 1947.

Sehingga ke hari ini, lokasi itu kekal menjadi titik panas utama antara kedua-dua negara.

Sumber: AFP via France24

BACA: India Arah Warga Pakistan Tinggalkan Negara Sebelum 29 April

BACA: Pakistan Tiada Niat Mulakan Konflik Dengan India Tanpa Provokasi – Menteri Pertahanan

BACA: Harga Kawalan, Subsidi Telur Ayam Ditamatkan Dalam Dua Fasa, Bermula Esok