Siakap Keli
Gambar: Bernama

10 Negeri Diramal Ribut Petir, Hujan Lebat Petang Ini

10 Negeri Diramal Ribut Petir, Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri termasuk Wilayah Persekutuan sehingga jam 4 petang ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan,  Johor, Sarawak dan Sabah diramal hujan.

Manakala seluruh kawasan di Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya juga dijangka hujan.

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kulim dan Bandar Baharu, manakala Perak pula termasuk Larut, Matang Dan Selama, Kinta, Kampar dan Batang Padang.

“Selain itu, di Selangor, kawasan yang terlibat adalah Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang. Sementara di Pahang melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron dan Lipis.

“Di samping itu, beberapa kawasan di Negeri Sembilan seperti Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin. Selain itu, di Johor pula melibatkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

” Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Miri (Telang Usan) dan Limbang. Manakala di Sabah seperti Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02NwCLEhpqHAfsFhLG3uCi7nD1B5bXyeDK43M3yeB2egHSdnrQuopkr8Fyym9j2253l

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: PM Lancar Kad Pekerja MADANI, Sejuta Pekerja Bakal Nikmati Diskaun Perkhidmatan

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.