Siakap Keli
hujan negeri lewat petang ini
Gambar: Bernama

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa 9 Negeri Hingga Lewat Petang Ini

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa 9 Negeri Hingga Lewat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri sehingga jam 7 malam ini.

Menurut kenyataan itu, seluruh kawasan di Perlis diramal hujan selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah.

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling. Manakala di Perak pula seperti Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Bagi Kelantan, beberapa daerah seperti Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang juga diramal hujan. Sementara di Terengganu melibatkan kawasan Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

“Di Pahang pula termasuk daerah Tanah Tinggi Cameron dan Lipis. Bagi Selangor, hanya daerah Hulu Selangor sahaja yang terlibat.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching (Bau dan Kuching), Serian (Serian), Samarahan, Sibu (Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

“Di Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman (Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02jsitiH9mCJ8hpdnShf1YJ2yBgEFmUcUbzpFevkLeKG5cXpwCcqpbmx1o7nazMQttl

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: 30 Jam Padam Kebakaran, Israel Hadapi Satu Lagi Insiden Kebakaran Hutan

BACA: Pempengaruh Abdul Qawiy Aro Selamat Berkahwin Di London

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.