Siakap Keli
Gambar: Instagram Qawiy

Pempengaruh Abdul Qawiy Aro Selamat Berkahwin Di London

Pempengaruh Abdul Qawiy Aro Selamat Berkahwin Di London

Pempengaruh media sosial, Abdul Qawiy Abd Rashid atau lebih dikenali sebagai Qawiyaro mengejutkan ramai apabila mendedahkan sudah bergelar seorang suami.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Qawiy memuat naik foto momen-momen indah di hari pernikahannya, yang dipercayai dilangsungkan di Greenwich, London, United Kingdom.

“Alhamdulillah, completing half of my deen with my other half,” tulisnya dalam hantaran itu.

https://www.instagram.com/p/DJKgPbDIzYz/?hl=en&img_index=1

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut tumpang bahagia dengan berita itu.

Turut memberikan ucapan tahniah adalah rakan-rakan artis seperti Alif Satar, Harith Azman, Nora Danish dan ramai lagi.

“Masya-Allah tabarakallah!,” ucap penyanyi Alif Satar.

“Congrats qawiy. Till jannah brother aminn,” komen Ashraf Anuar

“Gambar dia plot twist sikit ek di hujung baru faham ohhh ni pegantin nya! Selamat pengantin baru, semoga hingga syurga,” komen seorang pengguna.

Semalam, penyanyi Sufian Suhaimi menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini wanita pilihan Rania Al Sadat pada pagi Jumaat.

Pasangan pengantin itu melangsungkan majlis pernikahan mereka di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Satu dinar emas bersama tiga dulang hantaran berbalas lima menjadi bukti cinta Sufian termasuk sebentuk cincin dan gelang buat pengantin perempuan.

Pelantun lagu Terakhir itu mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana dan tertutup yang dihadiri oleh kalangan ahli keluarga terdekat.

Bersempena momen bersejarah itu, Sufian juga mempersembahkan karya istimewa buat para peminatnya, lagu berjudul Saksi, ciptaan Sirkhan, Namjan dan Rinkarnaen

Sumber: Instagram Qawiyaro

BACA: Sufian Suhaimi Sah Bergelar Suami Kepada Rania Al Sadat

BACA: Akhyar Rashid, Eyka Farhana Sah Bergelar Suami Isteri

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.