Sufian Suhaimi Sah Bergelar Suami Kepada Rania Al Sadat
Penyanyi Sufian Suhaimi menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini wanita pilihan Rania Al Sadat pada Jumaat pagi hari ini, lapor Astro Gempak.
Pasangan pengantin itu melangsungkan majlis pernikahan mereka di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Satu dinar emas bersama tiga dulang hantaran berbalas lima menjadi bukti cinta Sufian termasuk sebentuk cincin dan gelang buat pengantin perempuan.
Pelantun lagu Terakhir itu mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana dan tertutup yang dihadiri oleh kalangan ahli keluarga terdekat.
Bersempena momen bersejarah itu, Sufian juga mempersembahkan karya istimewa buat para peminatnya, lagu berjudul Saksi, ciptaan Sirkhan, Namjan dan Rinkarnaen.
Mengulas lebih lanjut mengenai judul terbaharu itu, Sufian memberitahu Saksi mengisahkan cintanya dan isteri berserta muzik video eksklusif. Video ini boleh ditonton di Saluran YouTube rasmi Sufian Suhaimi bermula jam 2 petang.
@sufiansuhaimi__ S A K S I
Ditanya mengenai perjalanan karier selepas bergelar pasangan suami isteri, Sufian menegaskan bahawa dia dan isteri tetap komited dalam bidang masing-masing.
Ungkapnya lagi, album sulung penyanyi itu akan dilancarkan pada hujung tahun ini.
Sumber: Astro Gempak