Siakap Keli
Kebakaran Hutan israel
Gambar: AFP

30 Jam Padam Kebakaran, Israel Hadapi Satu Lagi Insiden Kebakaran Hutan

30 Jam Padam Kebakaran, Israel Hadapi Satu Lagi Insiden Kebakaran Hutan

BAITULMAQDIS  — Satu lagi kebakaran baharu dilaporkan berlaku di kawasan barat Baitulmaqdis pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu.

Difahamkan, kebakaran itu berlaku hanya beberapa jam selepas pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran besar, selepas bertarung hampir 30 jam di kawasan Latrun yang terletak antara Baitulmaqdis dan Tel Aviv.

Menurut laporan akhbar harian Maariv, kebakaran baharu itu berlaku di lokasi berhampiran kawasan sebelumnya, dan usaha memadam api sedang giat dijalankan dengan bantuan pesawat pemadam kebakaran.

Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Israel memaklumkan bahawa pasukan mereka berjaya mengawal situasi dengan pantas, namun punca kebakaran masih belum dikenal pasti.

Siasatan awal sedang dijalankan oleh pasukan khas yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa.

Kebakaran terbaru ini menimbulkan kebimbangan terhadap pihak berkuasa dan orang ramai berikutan cuaca panas dan angin kuat yang berisiko menyebabkan insiden itu berulang.

Kebakaran besar sebelum ini menyaksikan lebih 4,942 ekar tanah hutan hangus dijilat api, memerlukan hampir 30 jam usaha tanpa henti dari pasukan bomba darat dan udara.

Ekoran kejadian, ribuan penduduk dari beberapa bandar berhampiran telah dipindahkan pada Rabu lalu.

Beberapa jalan utama turut sesak apabila puluhan kenderaan terperangkap dan pemandu terpaksa meninggalkan kenderaan untuk menyelamatkan diri daripada maraknya api.

Semalam, ribut pasir dilapor melanda beberapa kawasan selatan Israel pada Rabu, lapor Agensi Anadolu.

Menerusi rakaman video yang disiarkan media tempatan memaparkan ribut pasir kuat menyelubungi bandar Beersheba di Gurun Negev, selatan Israel.

Dalam salah satu klip, bandar gurun itu kelihatan ditelan secara perlahan oleh awan debu tebal, mencetuskan panik dalam kalangan penduduk.

Menurut portal berita Channel 12, memaklumkan anggota tentera dilihat bergelut menutup pintu pagar sebuah pangkalan tentera di Pangkalan Shivta ketika ribut pasir melanda.

Difahamkan, ribut pasir dengan angin yang kuat mengakibatkan situasi bertambah buruk termasuk jarak penglihatan terhad.

Sumber: Agensi Andolu

BACA: Kebakaran Hutan: Israel Minta Bantuan Luar

BACA: Kebakaran Hutan Semakin Marak, Israel Isytihar Darurat

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.