Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Kredit: AFP

Kebakaran Hutan Semakin Marak, Israel Isytihar Darurat

Azizah Najib

Kebakaran Hutan Semakin Marak, Israel Isytihar Darurat

Jerusalem – Asap tebal menyelubungi lebuh raya berdekatan Jerusalem pada Rabu apabila kebakaran hutan merebak dengan pantas sehingga mengakibatkan beberapa orang awam cedera. Memandang serius perkara ini, Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz mengisytiharkan Israel dalam keadaan darurat, lapor AFP.

Agensi penyelamat Israel, Magen David Adom (MDA) melaporkan ratusan orang awam terdedah kepada bahaya akibat kebakaran hutan terburuk dalam beberapa tahun ini.

Menurut agensi berkenaan, seramai 22 orang termasuk 12 mangsa telah dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan. Kebanyakan mangsa dilaporkan menerima rawatan selepas terhidu asap kebakaran. Agensi tersebut turut menambah, amaran yang dikeluarkan ketika ini telah ditingkatkan ke tahap tertinggi.

Kredit: AFP

“Kami sedang menghadapi keadaan darurat dan semua pasukan yang ada mesti digerakkan bagi menyelamatkan nyawa serta mengawal kebakaran,” kata Katz dalam satu kenyataan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan MDA, pasukan penyelamat dan ambulan telah berada di kawasan komuniti berdekatan lokasi kebakaran bagi memberi rawatan dan bantuan perubatan kepada para penduduk.

Pihak polis turut menyekat laluan utama Lebuh Raya Jerusalem-Tel Aviv serta memindahkan penduduk di sepanjang laluan. Ia berikutan kebakaran hutan yang sekali lagi berlaku di kawasan yang telah terbakar pada minggu lalu.

Kredit: AFP

“Sepasukan besar polis sedang bertugas di lokasi akibat kebakaran yang merebak di kawasan Rout 1 dan Bukit Jerusalem. Orang awam diminta untuk tidak menuju ke arah lokasi berkenaan,” umum pihak polis menerusi laman X.

Wartawan AFP yang berada di lokasi kejadian turut melaporkan api sedang marak di kawasan hutan berdekatan laluan utama antara Latrun dan Beit Shemesh. Susulan itu, helikopter digerakkan bagi memadam kebakaran.

Dalam pada itu, pihak tentera tiba di lokasi kejadian sekitar waktu tengah hari.

Kredit: AFP

Para pemandu dilihat telah meninggalkan kenderaan masing-masing dan melarikan diri apabila asap kebakaran mula menebal.

Menurut agensi berita Israel, penduduk yang berada di sekitar 30 kilometer di barat Jerusalem telah dipindahkan.

Sumber: AFP

BACA: Seorang Maut Akibat Letupan Di Kawasan Perumahan Di China

BACA: Kenyataan Fitnah: Papagomo Mohon Maaf Kepada Ketua Polis Negara