Siakap Keli
perkara buat rumah siap awal
Gambar: AI

Rumah Siap Awal, Ini Lima Perkara Yang Perlu Anda Buat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Rumah Siap Awal, Ini Lima Perkara Yang Perlu Anda Buat

Membeli rumah merupakan satu pencapaian besar dalam hidup.

Bayangkan pula perasaan apabila pemaju memaklumkan rumah yang dibeli siap lebih awal daripada tarikh jangkaan.

Sudah tentu sebagai pemilik, kita melompat penuh kegembiraan, tetapi ia juga boleh menimbulkan pelbagai persoalan di dalam kepala.

Oleh itu, SK hari ini akan kongsikan lima perkara yang perlu anda lakukan jika berdepan situasi ini di bawah.

5 Perkara Perlu Buat Jika Rumah Siap Awal

Jangan panik.

Rumah siap awal tu bukan masalah tapi itu peluang. Yang penting sekarang kita tahu nak buat apa. 

Dapat kunci rumah bukan masa untuk excited semata-mata. Ini masa untuk kita jadi pemilik yang waras. Sebab kalau tersilap langkah sekarang, kita tanggung 30 tahun akan datang. 

1. Jangan Masuk Terus, Buat Defect Checking Dulu

Ko bukan beli burger. Ko beli rumah beratus ribu. Dan developer bukan malaikat. Retak halus, paip bocor, tile senget, siling merekah, semua tu boleh jadi. 

Sebelum tandatangan borang serah milik (VP), buat inspection betul-betul. Kalau boleh, bawa masuk inspector bertauliah. 

Kalau jumpa defect, catat, snap gambar, dan hantar laporan rasmi. Jangan pasrah. Jangan malu. Itu hak ko sebagai pembeli. 

2. Semak Utiliti dan Dokumen 

Pastikan meter air dan elektrik dipasang. Pastikan Sijil Layak Didiami (CCC) dah dikeluarkan. Minta senarai manual dan waranti dari pemaju (pintu, pam air, grill dan lain-lain).

Simpan surat serah kunci, senarai defect, dan pelan rumah betul-betul.

3. Plan Renovasi Ikut Keutamaan

Jangan terus borong IKEA. Asingkan bajet, buat yang wajib dulu (grill, kipas, lampu, langsir). 

Kemudian baru fikir estetik. Kalau bajet ketat, ikut fasa by fasa. Jangan renovate ikut nafsu. Nanti ko yang menyesal. 

4. Urus Insurans dan Cukai

Pastikan rumah ada insurans kebakaran. Daftar rumah untuk cukai pintu & cukai tanah.

Kalau sewa tukar ke kategori pelaburan dan declare pada LHDN. 

5. Bina Hubungan Dengan Komuniti 

Jangan jadi jiran sombong. Join WhatsApp group. Kenal AJK. Tahu isu longkang, keselamatan, kawasan banjir.

Rumah selamat bukan sebab pagar tinggi, tapi sebab komuniti kuat. 

Ko dah lepas fasa menunggu. Sekarang masuk fasa menjadi pemilik yang bertanggungjawab. Kalau ko buat betul dari awal, 30 tahun nanti pun ko masih senyum dalam rumah tu.

https://www.facebook.com/zamsanny/posts/pfbid0pqi9mU1R4JgKhhhTQ1QeuEnRpJF8zZ4ZjM1omqZDLd3Zc3BMmjnDDfh1iBZCNop6l?rdid=2sljPQYTvoM36OvB#

Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook Zam Sani

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.