Siakap Keli
Kemalangan Pesawat TUDM
Kredit: Orang awam

Insiden Kemalangan Pesawat Hawk TUDM Semasa Pendaratan – TUDM

Insiden Kemalangan Pesawat Hawk TUDM Semasa Pendaratan – TUDM

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini mengesahkan berlakunya insiden kemalangan melibatkan sebuah pesawat pejuang jenis Hawk yang mengalami masalah pada bahagian ‘nose landing gear’ ketika melakukan pendaratan di Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) sekitar jam 5.00 petang tadi.

https://www.facebook.com/watch/?v=665432209689291&rdid=M7zsPR7PrgMkllFb

Menurut kenyataan rasmi TUDM, pesawat tersebut sedang menjalani latihan ‘Opening Gambit’ sebagai persiapan bagi acara pembukaan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25) yang dijadualkan berlangsung tidak lama lagi.

Dalam kejadian tersebut, juruterbang pesawat dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

TUDM turut memaklumkan bahawa satu pasukan penyiasatan akan ditubuhkan bagi menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar insiden berkenaan.

LTSAH ditutup sementara

Susulan insiden tersebut, Malaysia Airports dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa landasan di LTSAH ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja pemindahan pesawat dan pembersihan kawasan dilakukan.

“Satu notis kepada juruterbang (NOTAM) telah dikeluarkan dan penutupan dijangka berlanjutan hingga 10.30 malam ini. Sepanjang tempoh ini, semua operasi penerbangan di LTSAH akan terjejas.

“Semua penumpang, termasuk jemaah yang dalam perjalanan untuk menunaikan ibadah haji, dinasihatkan untuk merujuk kepada syarikat penerbangan atau Lembaga Tabung Haji bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai penerbangan mereka,” menurut kenyataan itu.

Pihak lapangan terbang akan mengeluarkan maklumat terkini sebaik sahaja landasan disahkan selamat dan dibuka semula untuk operasi penerbangan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

BACA: 6 Mall Popular Di Malaysia Yang Korang Wajib Simpan Resit Bila Membeli, Ini Sebabnya

BACA: Bank Rakyat Jayakan Program BaktiRakyat Di Pulau Sebatik, Tawau

BACA: Tarikan Baharu Pelengkap Kawasan Komuniti Gamuda Cove

Sumber: TUDM

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.