Siakap Keli
LTSAH Ditutup Sementara Insiden Pesawat
Gambar: BERNAMA

Landasan LTSAH Ditutup Sementara Akibat Insiden Pesawat

Landasan LTSAH Ditutup Sementara Akibat Insiden Pesawat

ALOR SETAR, 6 Mei (Bernama) — Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) ditutup sementara berikutan insiden melibatkan sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 5 petang tadi.

Malaysia Airports dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan landasan tersebut bagi membolehkan kerja pemindahan pesawat berkenaan dan pembersihan landasan dijalankan.

“Satu notis kepada juruterbang (NOTAM) telah dikeluarkan dan penutupan dijangka berlanjutan hingga 10.30 malam ini. Sepanjang tempoh ini, semua operasi penerbangan di LTSAH akan terjejas.

“Semua penumpang, termasuk jemaah yang dalam perjalanan untuk menunaikan ibadah haji, dinasihatkan untuk merujuk kepada syarikat penerbangan atau Lembaga Tabung Haji bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai penerbangan mereka,” menurut kenyataan itu.

Pihak lapangan terbang akan mengeluarkan maklumat terkini sebaik sahaja landasan disahkan selamat dan dibuka semula untuk operasi penerbangan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

BACA: 6 Mall Popular Di Malaysia Yang Korang Wajib Simpan Resit Bila Membeli, Ini Sebabnya

BACA: Tular Makanan Malaysia Jadi Pilihan Di Majlis Kahwin Di Shanghai

BACA: Bank Rakyat Jayakan Program BaktiRakyat Di Pulau Sebatik, Tawau

Sumber: BERNAMA

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.