Tular Makanan Malaysia Jadi Pilihan Di Majlis Kahwin Di Shanghai
Setiap negara di dunia pastinya memiliki keunikan tersendiri yang mencerminkan budaya dan identiti rakyatnya.
Tidak dinafikan, salah satu aspek yang paling mendapat perhatian ialah makanan, dan Malaysia tidak terkecuali dalam hal ini.
Umum diketahui, negara kita bukan sahaja kaya dengan kepelbagaian budaya. Malah, turut dikenali di seluruh dunia kerana keunikan dan kelazatan hidangan tempatan yang memikat selera.
Menariknya, satu video tular di TikTok telah mencuri perhatian warga maya.
Dalam video tersebut, sebuah keluarga di Shanghai, China memilih untuk menghidangkan juadah Malaysia dalam majlis perkahwinan mereka.
Video tersebut dimuat naik oleh pengguna TikTok tempatan, @secretflavorshanghai.
Ia memaparkan pelbagai jenis makanan popular Malaysia yang disajikan kepada para tetamu, umpama suasana ala kenduri di tanah air.
Difahamkan, pengguna TikTok tersebut merupakan seorang rakyat Malaysia yang menjalankan perniagaan katering di Shanghai.
Beliau diberi kepercayaan penuh untuk menyediakan hidangan khas bagi majlis istimewa itu.
“Orang China kahwin pun nak makan makanan Malaysia,” katanya dalam video tersebut.
Antara menu yang dipaparkan dalam video itu termasuklah nasi lemak lengkap dengan sambal, telur rebus, kacang dan ikan bilis.
Hidangan lain turut merangkumi satay, karipap, serta minuman kegemaran rakyat Malaysia seperti air sirap dan teh tarik.
@secretflavorshanghai Orang China kasih pun nak makan Malaysia food..secret flavor nasi lemak
♬ original sound – secretflavorshanghai – secretflavorshanghai
Seperti yang kita tahu, bukan mudah untuk menemui makanan Malaysia di luar negara.
Hidangan-hidangan ini bukan sahaja membangkitkan rasa rindu dalam kalangan rakyat Malaysia di perantauan atau pelancong yang pernah menjejakkan kaki ke negara kita.
Malah, ia juga menjadi bukti bahawa cita rasa Malaysia berjaya menawan hati masyarakat antarabangsa.
“Malaysia mendunia, Alhamdulillah”
Ruangan komen video berkenaan dibanjiri dengan pelbagai reaksi positif daripada para pengguna TikTok.
Ramai yang bangga melihat makanan tempatan dihargai sehingga mendapat sambutan sebegitu rupa di luar negara.
“Terbaik, bos. Tunjukkan makanan Malaysia,”
“Dia orang pun suka makanan kita. Ini pun satu promosi untuk negara kita juga,”
“Mantap betul nasi lemak time majlis kahwin. Confirm lepak lama kat majlis tu,”
BACA: 6 Mall Popular Di Malaysia Yang Korang Wajib Simpan Resit Bila Membeli, Ini Sebabnya
BACA: SPS Madani 2025: Syarat, Kelayakan & Cara Mohon
BACA: Jana Pendapatan Pasif: 8 Langkah, Pelaburan Mudah Buat Duit
Sumber: TikTok @secretflavorshanghai