Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
negara IQ tertinggi dunia
Sumber: International IQ Test

Top 25 Negara Dengan Tahap IQ Tertinggi Di Dunia

Hannah

Top 25 Negara Dengan Tahap IQ Tertinggi Di Dunia

Dalam laporan terkini yang dikeluarkan oleh International IQ Test, Malaysia tersenarai antara 25 negara dengan purata IQ tertinggi di dunia.

Berdasarkan data yang dikumpul daripada lebih 1.35 juta peserta di seluruh dunia pada 2024, rakyat Malaysia berjaya menduduki tangga ke-22 dalam senarai negara dengan IQ tertinggi.

Purata IQ rakyat Malaysia direkodkan mencecah skor 100, dengan penglibatan lebih 19,000 individu.

Secara umumnya, negara-negara di Asia Timur seperti China, Jepun dan Korea Selatan terus mendominasi kedudukan teratas dalam senarai ini.

China, misalnya, mencatatkan purata IQ tertinggi iaitu 107.19, sekali gus menjadi penyumbang utama kepada purata IQ global yang ditetapkan pada skor 100.

Menurut International IQ Test, kedudukan ini amat signifikan memandangkan China merangkumi hampir 18 peratus daripada populasi dunia.

Bagaimana penilaian dilakukan?

Semua peserta dalam kajian ini telah mengambil ujian IQ yang sama secara dalam talian menggunakan kaedah Raven’s Matrices, yang direka untuk mengurangkan bias budaya.

Lebih 83 peratus daripada negara dalam kajian ini menunjukkan perubahan skor kurang daripada dua mata berbanding tahun sebelumnya, membuktikan kestabilan data tersebut.

Penapis data yang ketat turut digunakan untuk memastikan ketulenan keputusan, termasuk pengesanan alamat IP, alamat e-mel, dan maklumat pembayaran, bagi mengelakkan keputusan berganda atau tidak sah.

Tahap kebolehpercayaan & keterbatasan kajian

Walaupun data ini memberi gambaran umum mengenai purata IQ di peringkat global, penting untuk difahami bahawa ia mewakili kumpulan pengguna internet yang memilih untuk mengambil ujian IQ secara sukarela.

Ini bermakna, mereka bukan gambaran keseluruhan populasi negara, terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai akses internet atau tidak berminat mengambil ujian tersebut.

Namun begitu, kerana metodologi yang digunakan adalah sama bagi semua negara, perbandingan ini tetap dianggap relevan dalam menunjukkan pola perbezaan IQ antara negara.

Mengapa skor IQ berbeza mengikut negara?

Pelbagai faktor mempengaruhi purata IQ sesebuah negara. Antaranya termasuklah:

1. Penyakit berjangkit

Kajian pada 2010 mendapati negara yang mencatat kadar jangkitan penyakit berjangkit yang tinggi cenderung mempunyai skor IQ purata yang lebih rendah.

Ini kerana penyakit boleh menjejaskan perkembangan kognitif, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

2. Tabiat pemakanan

Kajian pada 2024 menunjukkan kanak-kanak yang mengamalkan pemakanan sihat mempunyai IQ lebih tinggi.

Oleh itu, negara dengan tahap keselamatan makanan yang baik dan kurang masalah kekurangan zat makanan cenderung mencatat skor IQ lebih tinggi.

3. Aktiviti intelektual

Bermain catur dan kebolehan bertutur dalam lebih daripada satu bahasa terbukti dapat meningkatkan IQ kanak-kanak.

Negara yang menggalakkan aktiviti mental seperti ini dalam budaya harian mereka biasanya mencatat purata IQ yang lebih tinggi.

4. Genetik

Kajian terhadap pasangan kembar pada 2013 menunjukkan bahawa antara 50 hingga 80 peratus kebolehan IQ seseorang ditentukan oleh faktor genetik.

Sumber: International IQ Test
Sumber: International IQ Test
Sumber: International IQ Test

Untuk info, senarai ini dikemas kini setiap 1 Januari berdasarkan data tahun sebelumnya dan mengikuti kaedah penilaian standard yang sama merentas semua negara.

Skor IQ ditetapkan berpusat kepada nilai purata 100 dengan sisihan piawai 15, selaras dengan norma ujian IQ antarabangsa.

BACA: Kemuncak Hujan Meteor Eta Aquarids Dijangka Berlaku Tengah Malam Ini – MYSA

BACA: Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Ketika Dolar AS Susut

BACA: Kapsul Angkasa Era Soviet Dijangka Bakal Jatuh Ke Bumi

Sumber: International IQ Test