Siakap Keli
Kandungan Jelik Melampau
Gambar: BERNAMA

Individu Dikompaun RM10,000 Kerana Muat Naik Kandungan Jelik Melampau

Individu Dikompaun RM10,000 Kerana Muat Naik Kandungan Jelik Melampau

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenakan kompaun berjumlah RM10,000 terhadap seorang individu kerana memuat naik kandungan jelik melampau yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama berkaitan isu pekerja Menara KL di platform TikTok pada 31 Mac lalu.

“Tindakan ini diambil setelah mendapat izin pengkompaunan dari Jabatan Peguam Negara serta hasil siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang memperuntukkan larangan terhadap penggunaan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi bagi tujuan penyebaran kandungan yang bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik melampau,” tegas MCMC.

Dalam pada itu, pengguna media sosial dinasihatkan agar lebih bertanggungjawab dan beretika ketika memuat naik atau berkongsi sebarang kandungan.

“Penyebaran kandungan berunsur jelik melampau, khususnya yang boleh menjejaskan sensitiviti agama, kaum atau institusi diraja, tidak akan dikompromi,” tambah MCMC lagi.

MCMC turut menegaskan komitmennya dalam memastikan ruang siber negara kekal selamat, teratur dan harmoni, sejajar dengan usaha memperkukuhkan perpaduan nasional serta keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

BACA: Maybank Perjelas Isu Dua Kamera Di Mesin ATM

BACA: Lima Universiti Terkemuka Korea Tawar 50 Tempat Pengajian Percuma Sambung Master Dan PhD

BACA: Harga RON97, Diesel Di Semenanjung Turun 8 Sen

Sumber: MCMC

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.