Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Safiah Nafisah Meninggal Dunia Dalam Perjalanan Ke Surau Untuk Solat Subuh
Pihak Sekolah Menengah (SM) Sains Banting hari ini berkongsi berita duka pemergian seorang pelajar Tingkatan Dua, Safiah Nafisah Muddatstsir.
Hal tersebut dimaklumkan melalui kenyataan rasmi di laman Facebook mereka, yang turut menyatakan rasa hiba atas pemergian pelajar yang dikasihi itu.
Tambah pihak sekolah lagi, jenazah Allahyarhamah akan disemadikan di Presint 20, Putrajaya.
https://www.facebook.com/share/p/1AUu2cgZ7D/
Menerusi ruangan komen, ramai menyifatkan pemergian Allahyarhamah sebagai “kematian yang dicemburui”.
Ini kerana beliau difahamkan menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan menuju ke surau untuk menunaikan solat Subuh.
Sementara itu, ucapan takziah dan doa mengiringi pemergian Safiah Nafisah turut membanjiri ruangan komen di media sosial.
Semoga keluarga Allahyarhamah diberikan ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini.
BACA: Sumbangan Beli Tanah Masjid Jamek Ar-Ridzuan Alor Pongsu Ditutup Secara Rasmi
Sumber: SM Sains Banting