Siakap Keli
Gambar: ANTARA

Kereta Api Indonesia Terpantas Di Asia Tenggara

Kereta Api Indonesia Terpantas Di Asia Tenggara

Indonesia muncul sebagai peneraju dalam pengangkutan kereta api berkelajuan tinggi di Asia Tenggara menerusi perkhidmatan Kereta Cepat Jakarta-Bandung (KCJB) Whoosh.

Perkara itu dikongsikan dalam satu hantaran Seasia Stats di laman Facebook.

Berdasarkan infografik, sebanyak tujuh kereta api dari rantau ini disenaraikan dalam kereta api terpantas.

Kereta api Whoosh mendominasi carta apabila pengangkutan itu mampu mencapai kelajuan operasi mencecah 350 kilometer sejam (km/j).

Sementara pengangkutan awam Malaysia, Kereta Api Tanah Melayu (KTM) Komuter di tangga ke-2 dengan kelajuan mencecah 175 km/j, diikuti KLIA Ekspres dengan kelajuan 160 km/j.

Laos turut mencatat kemajuan penting menerusi landasan baharu Boten-Vientiane, yang juga menawarkan kelajuan 160 km/j.

Thailand juga tidak ketinggalan, menerusi Bangkok Airport Rail Link yang menyamai kelajuan kereta api Laos.

Gambar: Seasia Stats

Di, kedudukan ke-6, Malaysia sekali lagi membuktikan sistem pengangkutan negara antara yang terbaik di rantau ini, dengan Electric Train Service (ETS) tersenarai dalam senarai ini. ETS mampu bergerak pada kelajuan 140 km/j.

Dalam pada itu, kereta api Sprinter Thailand pula dapat membawa penumpang pada kelajuan 120 km/j.

Fakta Kereta Api Laju Whoosh

Kereta Api Whoosh atau kereta api berkelajuan tinggi ini merupakan kereta api yang pertama di Asia Tenggara dan ia beroperasi dari Jakarta ke Bandung di Jawa Barat.

Difahamkan, kewujudan kereta api ini dapat mengurangkan waktu perjalanan antara ibu kota Jakarta dan bandar utama lain.

Menariknya tentang pengangkutan ini, ia mampu mencapai kelajuan sehingga 350 kilometer sejam (220 batu sejam).

Ia telah dibina oleh PT Kereta Cepat Indonesia China (KCIC) yang terdiri daripada empat syarikat negara Indonesia dan China Railway International Co.

Projek yang memakan $7 bilion itu merupakan kolaborasi antara Indonesia dan China. Buktinya, ia merupakan sebahagian daripada inisiatif infrastruktur Belt and Road China termasuk prototaip kereta api itu.

Sumber: Seasia Stats

BACA: Lebih 1 Juta Guna Perkhidmatan Kereta Api Laju Indonesia Dalam 2 Bulan

BACA: Mirip Kaabah, Ini Fakta Mukaab Bakal Jadi Bangunan Terbesar Di Arab Saudi

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.