Siakap Keli
noorkhiriah masuk liang lahad
Gambar: Instagram Norkhiriah

Noorkhiriah Kongsi Pengalaman Masuk Liang Lahad

Noorkhiriah Kongsi Pengalaman Masuk Liang Lahad

Pelakon terkenal, Noorkhiriah baru-baru ini mengejutkan orang ramai apabila dilihat berlakon menjadi ‘jenazah’ dalam drama Seribu Tahun. 

Menusi perkongsian video di laman Instagram miliknya, memaparkan pelakon berusia 49 tahun itu dibalut dengan kain kafan putih sebelum dibaringkan ke dalam liang lahad.

Kongsi pelakon itu, dia mengakui mahu melakonkan babak itu dan  merasai sendiri bagaimana pengalaman berada ‘di bawah’.

Air mata tak berhenti – Noorkhiriah

“Saat-saat memasukkan diri ke liang lahad. Akak yang minta dekat Abang Ezad nak masuk liang lahad lepas tu akak lupa.

“Gemuruh bercampur ‘blur’. Sampai-sampai dekat kubur akak stuck air mata tak berhenti,” luahnya dalam hantaran itu.

Dalam masa yang sama, penerima anugerah Pelakon TV Komedi Terbaik (Telefilem) Anugerah Seri Angkasa 2022 itu turut menitipkan nasihat orang ramai di luar sana agar tidak meninggalkan solat.

Ia termasuk pesanan kepada dirinya yang mengakui mempunyai penuh khilaf.

Tambah Noorkhiriah, dia turut menghargai suami dan rakan sekerja termasuk pengarah drama, Shahrulezad yang memberikan peluang untuknya melakonkan adegan itu.

“Terima kasih Allah atas hadiah yang cukup besar dan izinkan akak masuk ke liang lahad. Dua hari sebelum hari jadi akak, suami hadiahkan kain kapan.

“Dosa banyak sampaikan Allah beri nikmat ini. Momen ini sangat mahal.

“Terima kasih Abang. Semoga tiap ketukan abang menjadi saham pahala. Di mulut abang juga tidak lekang mengatakan semua ini dilakukan kerana Allah.

“Buat seluruh warga pasukan drama, kita adalah keluarga besar selama 6 bulan. Terima kasih atas kasih sayang.

“Buat yang menonton dan komen, percayalah watak Nor berdiri atas izin Allah. Tanpa izin-Nya, kaku keras saya tak ke mana, terima kasih Tuhan,” tulisnya.

https://www.instagram.com/p/DJZgnV5S-dK/

Sumber: Instagram Norkhiriah

BACA: Pokok Betik ‘Gergasi’ Di SMK Julau 2 Curi Tumpuan Ramai

BACA: JPJ Buka Tawaran NPI Siri ‘APA’ Bermula Ahad Ini

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.