Siakap Keli
serangan pakistan india
Kredit: X

Pakistan Didakwa Lancar Serangan, India Cemas Aktifkan Sistem Pertahanan

Pakistan Didakwa Lancar Serangan, India Cemas Aktifkan Sistem Pertahanan

Dunia kini menyaksikan ketegangan yang semakin memuncak di antara dua kuasa nuklear Asia Selatan, Pakistan dan India, selepas beberapa insiden terbaru yang menggemparkan rantau itu.

Keadaan cemas di Jammu, Kashmir

Dalam perkembangan terkini, BBC melaporkan suasana di Jammu, sebuah bandar utama di Kashmir yang ditadbir India, bertukar panik apabila siren kecemasan dibunyikan dan bekalan elektrik terputus secara menyeluruh.

Seorang saksi memberitahu BBC bahawa penduduk mula berlari menyelamatkan diri, dan premis-premis perniagaan di kawasan sekitar terpaksa ditutup serta-merta.

Lebih menggemparkan, seorang saksi dari jambatan Gujjar Nagar mendakwa telah melihat 16 objek jatuh berhampiran Lapangan Terbang Jammu.

Pada masa sama, satu sumber keselamatan memaklumkan kepada agensi berita AFP bahawa berlaku beberapa siri letupan di kawasan lapangan terbang tersebut.

Dalam pada itu, tular di media sosial dipercayai detik cemas yang melanda India saat ini.

https://x.com/ANI/status/1920496243505050069

https://x.com/iihtishamm/status/1920499130058543308

Sistem pertahanan India diaktifkan

Tambah BBC, sumber tentera India pula mengesahkan bahawa sistem pertahanan udara di Jammu telah diaktifkan, dan bunyi siren kedengaran di seluruh bandar sebagai langkah berjaga-jaga terhadap ancaman lanjut.

Sementara itu, agensi berita Asian News International (ANI) melaporkan bahawa Pakistan melancarkan serangan menggunakan “loitering munitions”, iaitu sejenis dron bersenjata yang direka untuk terbang berlegar sebelum menghentam sasaran dan meletup.

Pihak India dikatakan telah membalas serangan dengan sistem pertahanan udaranya, namun setakat ini belum ada pengesahan rasmi berkenaan kerosakan atau korban jiwa.

BACA: “Kelaparan Yang Tidak Pernah Dilihat Sebelum Ini” Cengkam Gaza, UNRWA Beri Amaran

BACA: Pakistan Dakwa Tembak Jatuh 25 Dron India

BACA: Struktur Haram Di Tanah Rizab Masjid Pekan Dengkil Dirobohkan

Sumber: BBC

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.