Siakap Keli
Sindiket Curi Kabel
Sumber: BERNAMA

Polis Siasat Dakwaan Vokalis Kumpulan Muzik “Skinhead” Dipukul

Polis Siasat Dakwaan Vokalis Kumpulan Muzik “Skinhead” Dipukul

JOHOR BAHRU, 12 Mei (Bernama) — Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang vokalis kumpulan muzik “skinhead” dipukul sekumpulan individu dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di sini pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata siasatan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat susulan video tular di media sosial yang memaparkan kejadian itu.

Beliau bagaimanapun berkata setakat ini polis tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak termasuk saksi atau mangsa.

“Polis telah memulakan siasatan sebaik menerima maklumat kejadian (tular) ini pada malam tadi. Justeru, orang ramai diminta untuk tampil membuat laporan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Terdahulu tular beberapa rakaman video memaparkan kejadian pergaduhan tersebut yang dipercayai dimuat naik di akaun Facebook kumpulan muzik itu.

Hantaran tersebut mendakwa vokalis tersebut diserang dan dipukul sekumpulan lelaki, dengan beberapa keping gambar kesan kecederaan turut dikongsikan.

BACA: Legenda Gusti, Sabu Meninggal Dunia

BACA: KRU Catat Dua Pengiktirafan “Malaysia Book of Records”

BACA: Ibu Gajah Dipercayai Kembali Ke Lokasi Kejadian

Sumber: BERNAMA

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.