Siakap Keli
19 muzim dibuka percuma
Kredit: Bernama

19 Muzium Dibuka Secara Percuma 18 Mei Ini – Aaron

19 Muzium Dibuka Secara Percuma 18 Mei Ini – Aaron

PUTRAJAYA, 14 Mei (Bernama) — Kesemua 19 muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dibuka secara percuma kepada orang ramai sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa pada 18 Mei ini, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Tawaran itu termasuk Muzium Negara, Muzium Automobil Nasional (Sepang), Muzium Arkeologi Lembah Bujang (Kedah) dan Muzium Seni Bina Malaysia (Melaka).

Aaron menerusi catatan di laman Facebooknya hari ini mengajak orang ramai untuk memanfaatkan peluang itu bagi menyelami kekayaan sejarah, kepelbagaian budaya dan semangat perpaduan yang menjadi teras identiti Malaysia.

“Dari utara ke selatan, dari timur ke barat, muzium menjadi titik pertemuan antara warisan silam dan aspirasi masa depan, menghubungkan komuniti atas semangat perpaduan dan kecintaan terhadap sejarah. Ayuh lawati muzium-muzium JMM di seluruh negara dan raikan warisan kita bersama-sama,” katanya.

Senarai muzium berkenaan boleh didapati di pautan https://www.facebook.com/nationalmuseumkl?.

Kredit: Facebook Aaron Ago Dagang

Sumber: BERNAMA

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.