Ayah Penat Pulang Kerja Kongsi Gelagat Si Kecil, Coretan Hati Buat Ramai Kagum
Siapa saja yang tak penat bekerja, kan? Keluar rumah seawal pagi, balik pula lewat petang, semata-mata demi mencari rezeki buat keluarga tercinta, terutama anak-anak.
Sejak dari dalam kandungan, ibu bapa dah mula berkorban. Dan bila anak mula membesar, cabarannya makin terasa.
Ramai yang kata fasa paling mencabar dalam hidup sebagai ibu bapa adalah waktu anak masih kecil. Macam-macam ragam kena hadap.
Tapi, itulah juga fasa yang paling akan kita rindu suatu hari nanti, bila anak-anak dah besar, berdikari dan tak lagi bergantung pada kita.
Ruang tamu bertukar putih, si kecil senyap-senyap bagi “surprise” buat ayah terkedu
Baru-baru ini, satu perkongsian menyentuh hati daripada seorang lelaki bergelar “ayah” telah mencuri perhatian ramai.
Bayangkan, setelah seharian penat bekerja, si ayah balik ke rumah dan dikejutkan dengan satu pemandangan yang ‘luar biasa’.
Tapi, apa yang lebih menarik perhatian adalah coretan hati si ayah yang cukup menjentik perasaan, membuatkan ramai kagum.
Petang ni balik kerja… saya betul-betul penat. Kepala berserabut. Badan rasa nak rebah.
Dah balik kerja, baru je nak rehat. Terfikir anak, kenapa diam semacam je ni. Apa agaknya dia tengah buat.
Sekali saya buka pintu bilik… Putih. Satu ruang tamu putih. Karpet, sejadah, lantai… semua bersalji.
Tengah-tengah tu, anak saya duduk diam, tepuk-tepuk bedak. Muka dia tenang. Khusyuk. Tak perasan saya berdiri kat pintu.
Dalam hati… “Ya Allah… aku nak marah ke nak nangis ni?”
Tiba-tiba dia pandang saya. Senyum. Dan dengan suara paling lembut dia cakap: “Ayah, tengok… salji…”
Masa tu saya terkedu. Saya nampak… bukan bedak.
Saya nampak dunia anak kecil yang tak tahu apa itu penat cari rezeki, tapi tahu apa itu bahagia ciptaan sendiri. Kita nampak sepah, dia nampak keajaiban. Kita fikir pasal mop dan vacuum. Dia cuma fikir… “Ayah mesti suka salji aku.”
Saya jalan perlahan, duduk tepi dia. “Ayah penat, nak…” Dia diam. Muka tunduk.
Tapi bila saya angkat tangan, peluk dia, cakap… “Ayah suka salji ni. Tapi lain kali ajak ayah sekali ya.” Dia peluk saya kuat. Tak cakap apa.
Tapi saya rasa macam segala lelah hari ni… hilang dalam pelukan budak kecil yang cuma nak perhatian.
Kadang kita lupa… Kita bukan balik rumah untuk rehat semata. Kita balik untuk disambut. Bukan dengan kata-kata… tapi dengan sepah, tumpahan air, dan imaginasi yang cuma anak kita boleh cipta.
Dan kalau kita marah hari ni… mungkin satu hari nanti, dia tak akan panggil kita lagi untuk tunjuk salji dia. Masa tu, barulah kita betul-betul rasa sepi. Tapi semua tu dah tak boleh kita undur.
@amien.isa Petang ni balik kerja… saya betul-betul penat. Kepala berserabut. Badan rasa nak rebah. Dah balik kerja, baru je nak rehat. Terfikir anak, kenapa diam semacam je ni. Apa agaknya dia tengah buat. Sekali saya buka pintu bilik… Putih. Satu ruang tamu putih. Karpet, sejadah, lantai… semua bersalji. Tengah-tengah tu, anak saya duduk diam, tepuk-tepuk bedak. Muka dia tenang. Khusyuk. Tak perasan saya berdiri kat pintu. Dalam hati… “Ya Allah… aku nak marah ke nak nangis ni?” Tiba-tiba dia pandang saya. Senyum. Dan dengan suara paling lembut dia cakap: “Ayah, tengok… salji…” Masa tu saya terkedu. Saya nampak… bukan bedak. Saya nampak dunia anak kecil yang tak tahu apa itu penat cari rezeki, tapi tahu apa itu bahagia ciptaan sendiri. Kita nampak sepah. Dia nampak keajaiban. Kita fikir pasal mop dan vacuum. Dia cuma fikir… “Ayah mesti suka salji aku.” Saya jalan perlahan, duduk tepi dia. “Ayah penat, nak…” Dia diam. Muka tunduk. Tapi bila saya angkat tangan, peluk dia, cakap… “Ayah suka salji ni. Tapi lain kali ajak ayah sekali ya.” Dia peluk saya kuat. Tak cakap apa. Tapi saya rasa. Rasa macam segala lelah hari ni… hilang dalam pelukan budak kecil yang cuma nak perhatian. Kadang kita lupa… Kita bukan balik rumah untuk rehat semata. Kita balik untuk disambut. Bukan dengan kata-kata… tapi dengan sepah, tumpahan air, dan imaginasi yang cuma anak kita boleh cipta. Dan kalau kita marah hari ni… mungkin satu hari nanti, dia tak akan panggil kita lagi untuk tunjuk salji dia. Masa tu, barulah kita betul-betul rasa sepi. Tapi semua tu dah tak boleh kita undur. Korang ada kenangan yang sama tak? Cer share sikit. Share dan follow saya kalau korang suka dengan cerita saya. #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #ceritakita
“Tabiklah!”
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian itu nyatanya dibanjiri pujian dan rasa kagum.
“Kurniakanlah sifat macam ni dalam bakal suami saya, Ya Allah,”
“Love sangat caption dia… Kalau semua ibu bapa ada mindset macam ni, mesti anak-anak tak takut nak berkongsi apa-apa,”
“Ya Allah, give me a man with emotional intelligence,”
Selain itu, perkongsian tersebut membuka ruang untuk netizen berkongsi pengalaman mencuit hati dengan anak-anak.
“Bila anak kau senyap, you know something is not right,”
“Tengah pregnant anak no 3, no 1 dan 2 main sliding dari dapur ke ruang tamu tuang minyak 5kg. Terduduk menangis saya,”
“Anak saya conteng muka dengan marker bercolour tu, saya nampak terus mengucap dulu. Lepas saya ckp “adik nak make up cantik-cantik ke? Meh mommy buatkan” Saya sambunglah contengkan muka dia,”
“Anak-anak saya main beras. Dia cakap pasir dekat indoor playground, package baring buat kupu- kupu. Bedak pun pernah main, dan reaction saya sama. Tak marah. And you know what? Sekali tu je dorang main macam tu,”
“Baru kena semalam niat nak tidur lama sikit sebab cuti tapi pukul 8 dah terbatuk-batuk buka saja mata jangan cakap atas lantai atas katil atas saya semua bedak. Nasib baik anak tak sumbat dalam hidung kalau tak jadi anak yatim terus dia,”
Semoga setiap insan bergelar “ibu” dan “ayah” diberikan kekuatan, dan semoga pasangan yang menantikan zuriat dikurniakan sinar harapan
Tidak lupa juga, ada yang berkongsi rasa syukur, dan tak kurang yang meluahkan harapan untuk dikurniakan zuriat.
“Untung ada salji di rumah tuan. Rumah kami habuk je yang ada. Masih menanti, masih berharap dikurnia rezeki zuriat yang kami nanti selama ini. Tolong doakan kami, moga bersalji juga di rumah kami. Aamiin,”
“Saya sentiasa lock dekat hati, saya tak nak sesekali merungut if anak mengada-ngada time saya balik kerja. Saya tak nak keluar kata-kata ibu penat kerja. Sebab 9 tahun saya tunggu nak dapatkan anak, 9 tahun juga Allah dah bagi saya rehat,”
Sebenarnya, perkongsian ini menunjukkan jiwa seorang ayah yang memilih untuk melihat keindahan dalam kekacauan.
Kadang-kadang, bahagia itu hadir dalam bentuk yang tak disangka. Dan kadang-kadang, pelukan kecil itulah ubat paling mujarab untuk kepenatan dunia.
Ingat, anak bukan selamanya kecil. Tapi kenangan mereka dengan kita, boleh jadi kenangan yang paling istimewa dalam hidup.
BACA: Tak Sangka, Macam Ni Rupanya Hidup Pelajar “Masscom”
BACA: Bukan Sekadar Media, Ini Laluan Kerjaya Untuk Graduan Komunikasi Massa
BACA: Angin Pantai Dijual Dalam Beg Kuning, Pelik Tapi 13 Orang Dah Beli
Sumber: TikTok @amien.isa