Angin Pantai Dijual Dalam Beg Kuning, Pelik Tapi 13 Orang Dah Beli
Suasana di tepi pantai yang begitu tenang, dengan deruan bunyi ombak dan angin bertiup membuatkan sesiapa sahaja yang sedang bercelaru rasa tenang. Tidak hanya itu, suasana damai terasa seperti ingin dibawa pulang bersama.
Tanpa diduga, rupanya ada seseorang yang berfikiran jauh dan menawarkan ‘khidmat membungkus angin pantai’. Baru-baru ini tular di TikTok, seorang lelaki yang menggunakan nama akaun Hayyans mempromosikan angin pantai segar-segar buat sesiapa yang merindui suasana pantai.
“Angin pantai fresh, siapa yang nak tengok ni kita ambil fresh ya,” kata lelaki tersebut.
Bukan itu sahaja, dalam rakaman yang lain, lelaki berkenaan turut membuat tutorial cara untuk menggunakan angin pantai yang telah dibungkus. Rakaman tersebut menunjukkan lelaki berkenaan menghirup nafas secepat mungkin selepas beg plastik berisi angin pantai dibuka.
@wardiyya11 Tak payah pegi pantai dah. Beli angin pantai ni je
Ketika memeriksa beg kuning platform tersebut, SK temui satu perkara yang tidak terduga. Angin pantai yang berharga hampir RM50 satu beg plastik, sudah terjual sebanyak 13 beg.
Menurutnya ketika ditemu bual SK, video tersebut dibuat hanya sekadar berjenaka.
“Cuma video ni saya buat saja-saja je tu, bukan betul jual. Orang lain tu penjual, tak tahu pula tular,” ujarnya.
Lelaki berkenaan juga sempat menitipkan nasihat agar para pengguna tidak membeli angin pantai yang dijual.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut sama mengusik lelaki berkenaan.
“Saya dah beli bang, udara memang segar. Penghantaran cepat, saya beli kali kedua kecewa sikit angin dah hilang, tinggal plastik je. Saya harap nanti abang perbaiki sikit bungkusan. Terima kasih, bang. Sekarang saya di wad bahagia,” seloroh seorang warga maya.
“Betul eh angin pantai? Risau bagi angin lain,” sakat seorang lagi warga maya.
“Berat sangat ke angin tu sampai tak ada penghantaran percuma?” Persoal seorang yang lain.
Sumber: Hayyans
BACA: Hospital Putrajaya Dinobat Salah Sebuah Hospital Terbaik Dunia 2025
BACA: Anggota FRU Terlibat Nahas Dipercayai Sempat Muat Naik Video Terakhir Bersama Pasukan