Siakap Keli
TikToker maut ditembak ketika live
Gambar: Instagram

TikToker Wanita Maut Ditembak Ketika “Live”

TikToker Wanita Maut Ditembak Ketika “Live”

Seorang TikToker wanita dilaporkan maut ditembak ketika sedang “live” di aplikasi TikTok, dalam satu kejadian di sebuah salon kecantikan di Mexico pada Selasa lalu.

The New York Times melaporkan, Valeria Márquez, 23, sedang duduk di kerusi sambil memeluk anak patung berwarna merah jambu di atas riba ketika kejadian.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki bertopeng tiba-tiba memasuki premis dan terus bertanya, “Adakah awak Valeria?”

Apabila Valeria mengangguk dan menjawab “Ya”, suspek dengan pantas mengeluarkan pistol dan menembaknya.

Suspek kemudiannya melarikan diri bersama seorang rakan yang sedang menunggu di atas motosikal di luar salon, menurut jurucakap Pejabat Pendakwa Raya Negeri Jalisco, Denis Rodríguez.

Difahamkan, rakaman kejadian tragis itu tular di media sosial, dan disahkan asli oleh pihak pendakwa.

“Apabila penyiasat tiba, dia masih berada di kerusi tersebut, masih memeluk anak patung itu di lengannya,” kata Rodríguez.

BACA: Bekas Presiden Uruguay, Jose Mujica Meninggal Dunia

Setakat ini, pihak berkuasa belum mengenal pasti suspek, namun sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan media sosial milik mangsa bagi mencari sebarang petunjuk.

Menurut Rodríguez, dua lelaki terbabit dilaporkan pernah ke salon itu lebih awal pada hari yang sama dengan alasan ingin menghantar hadiah kepada Valeria.

Mereka dipercayai tidak mengenali mangsa secara peribadi kerana perlu bertanyakan namanya terlebih dahulu, jelas Rodríguez lagi.

Kes pembunuhan itu kini disiasat sebagai “femicide”, iaitu jenayah pembunuhan berdasarkan jantina, yang semakin menjadi-jadi di Mexico.

BACA: Gabenor Indonesia Cadang Vasektomi Sebagai Syarat Kelayakan Bantuan Sosial

Negara tersebut mencatatkan salah satu kadar femisid tertinggi di dunia, dan kebanyakan kes sering tidak mendapat pembelaan sewajarnya, lapor The New York Times.

Tragedi ini berlaku hanya beberapa hari selepas seorang calon Datuk Bandar di Veracruz, Yesenia Lara Gutiérrez, turut maut ditembak bersama tiga yang lain semasa berkempen, juga ketika siaran langsung sedang berlangsung.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 50,000 wanita telah dibunuh di Mexico dari tahun 2001 hingga 2024. Namun, kurang daripada lima peratus kes yang berakhir dengan sabitan bersalah.

“Keganasan terhadap wanita di Mexico terlalu mendalam dan meluas. Status sosial, kekayaan, bahkan siaran langsung sekalipun tidak mampu memberikan perlindungan,” tegas Pakar sosiologi dari Universiti Guelph, Dr. Paulina García-Del Moral.

BACA: Israel Lancar Serangan Ke Atas Hospital Di Gaza, 28 Terkorban

Sumber: The New York Times

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.