Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Indonesia vasektomi lelaki
Gambar: Tempo.co

Gabenor Indonesia Cadang Vasektomi Sebagai Syarat Kelayakan Bantuan Sosial

Hannah

Gabenor Indonesia Cadang Vasektomi Sebagai Syarat Kelayakan Bantuan Sosial

Cadangan yang dikemukakan oleh Gabenor Jawa Barat, Dedi Mulyadi, untuk menjadikan vasektomi sebagai syarat kelayakan bantuan sosial (bansos) telah mencetuskan pelbagai reaksi dan perdebatan hangat.

Tempo.co melaporkan bahawa cadangan itu diusulkan bagi mengawal pertumbuhan penduduk dalam kalangan masyarakat miskin.

Hal ini kerana, menurut beliau, keluarga miskin cenderung mempunyai bilangan anak yang ramai, lapor Tempo.co.

Selain itu, beliau berharap agar kaum lelaki memainkan peranan dalam pengurusan keluarga melalui program KB (keluarga berencana). Ini bagi memastikan tanggungjawab kawalan kelahiran tidak diletakkan sepenuhnya ke atas wanita.

Beliau juga menegaskan bahawa program vasektomi sudah mula dilaksanakan, termasuk pemberian insentif Rp500 ribu (sekitar RM131) kepada lelaki yang melakukannya setiap hari Rabu.

Beliau percaya langkah ini adalah simbol tanggungjawab terhadap keluarga, terutama dalam kalangan penerima bantuan kelahiran, bantuan hospital, makanan, perumahan dan pendidikan anak.

MUI tampil tolak cadangan secara tegas

Susulan itu, Majelis Ulama Indonesia (MUI) Jawa Barat tampil menolak cadangan ini secara tegas.

Pengerusinya, KH Rahmat Syafei, menyatakan bahawa vasektomi adalah haram dalam Islam, kerana ia merupakan bentuk pemandulan kekal.

Tambah Tempo.co, kenyataan ini disokong oleh Ijtima Ulama Komisi Fatwa se-Indonesia IV tahun 2012 yang diadakan di Tasikmalaya, seperti dilapor Tempo.co.

Dalam pertemuan itu, para ulama menegaskan bahawa vasektomi hanya dibolehkan dalam keadaan yang sangat terbatas serta perlu memenuhi syarat yang ketat, seperti dilapor Tempo.co.

Reaksi Kabinet

Cadangan tersebut mendapat perhatian beberapa anggota kabinet.

Menteri Kependudukan dan Pembangunan Keluarga (Mendukbangga) merangkap Ketua BKKBN, Wihaji, menegaskan bahawa pihaknya akan tetap mengikuti fatwa MUI berkaitan vasektomi.

Menurutnya, fatwa MUI tahun 2012 membenarkan vasektomi hanya dalam kes-kes tertentu dengan syarat ketat seperti umur, bilangan anak, persetujuan isteri dan saringan kesihatan.

Menteri Sosial, Saifullah Yusuf (Gus Ipul) pula menyatakan bahawa bansos diberikan untuk menjamin keperluan asas rakyat, dan sebarang syarat baru perlu diteliti dengan menyeluruh dari aspek agama, hak asasi manusia dan keberkesanan dasar.

Tambah beliau, bansos seperti Program Keluarga Harapan (PKH) bertujuan untuk membantu keluarga miskin keluar daripada kemiskinan. Sebaliknya, ia bukan untuk dikaitkan dengan isu kesihatan reproduktif.

Di sisi lain, Menteri Koordinator Bidang Pemberdayaan Masyarakat, Muhaimin Iskandar (Cak Imin) dengan tegas menolak cadangan tersebut.

Beliau menyatakan bahawa pihak berkuasa tempatan tidak boleh menggubal syarat penerimaan bansos secara bersendirian. Katanya, syarat seperti vasektomi tidak pernah wujud dalam peraturan rasmi kerajaan pusat.

Hak asasi dan diskriminasi

Timbalan Pengerusi Komisi Nasional Hak Asasi Manusia (Komnas HAM), Abdul Haris Semendawai, menyatakan bahawa memaksa vasektomi sebagai syarat untuk bansos adalah satu pelanggaran hak asasi manusia.

Menurutnya, keputusan untuk melakukan vasektomi haruslah berdasarkan kesedaran dan kerelaan, bukan dipaksa kerana tekanan ekonomi.

Di sisi lain, Pengarah Rujak Center for Urban Studies, Elisa Sutanudjaja, turut mengecam cadangan itu sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap golongan miskin.

Beliau menyatakan bahawa vasektomi bukanlah pilihan yang salah, namun tidak wajar dijadikan prasyarat kepada bantuan sosial.

Menurutnya, pendekatan terbaik untuk mengurangkan kemiskinan adalah dengan menyediakan akses pendidikan, khususnya kepada wanita. Sebaliknya, bukan melalui paksaan program kawalan kelahiran.

BACA: Lapan Maut, Tiga Cedera Parah Kemalangan Libatkan Kenderaan FRU Di Teluk Intan – Polis

BACA: Kemalangan Lori FRU: Jumlah Mangsa Maut Meningkat Kepada Sembilan, Semua Anggota FRU

BACA: Kemalangan FRU: Masalah Stereng Lori Batu Dipercayai Punca Insiden

Sumber: Tempo.co (1) (2)