Siakap Keli
realiti aktiviti tunggang gajah
Gambar: Bernama

Ketahui Realiti Disebalik Aktiviti Tunggang Gajah

Ketahui Realiti Disebalik Aktiviti Tunggang Gajah

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan insiden seekor anak gajah jantan dianggarkan berusia lima tahun maut selepas dilanggar sebuah lori muatan ayam di Jalan Raya Timur–Barat (JRTB) Gerik–Jeli meruntun hati ramai.

Lebih menyayat hati, ibu gajah hanya berdiri dan tidak berganjak dari lokasi anaknya mati dilanggar. Insiden ini mengajar kita bahawa setiap haiwan juga mempunyai hati dan perasaan, mahu disayangi, dikasihi seperti kita juga.

Dalam masa yang sama, SK hari ini juga ingin berkongsi fakta lain, mengenai aktiviti menunggang gajah yang biasanya menjadi salah satu tarikan di negara-negara luar.

Walaupun aktiviti ini secara zahirnya kelihatan menyeronokkan. Namun, ia tersembunyi sisi gelap yang terpaksa ditanggung gajah dan kesan mendalamnya terhadap kesihatan haiwan ini, yang ramai tidak tahu.

Sehubungan itu, mari selami bagaimana aktiviti ini boleh memberikan kesan buruk pada gajah di bawah.

Tulang Belakang Berisiko Bengkuk

Di negara-negara seperti Thailand dan India, gajah digunakan secara meluas dalam industri pelancongan. Saban tahun, ribuan pelancong membayar untuk pengalaman menaiki gajah, tanpa menyedari bahawa perbuatan ini menyumbang kepada kecederaan dalaman yang serius.

Meskipun gajah berbadan besar, namun tulang belakang mamalia ini sebenarnya sangat sensitif. Tidak seperti kuda atau unta, gajah memiliki tonjolan tulang yang menjulur ke atas dari ruas tulangnya. Struktur ini tidak sesuai untuk menanggung beban berat secara berterusan.

Sekiranya tulang belakang menanggung beban yang berat, ia boleh melengkung secara tidak normal, malah sendi kaki boleh menjadi lemah,serta luka terbuka mula timbul pada bahagian belakang badan. Luka ini sekaligus mendedahkan gajah kepada jangkitan penyakit.

Misalnya, pada tahun 2023, seekor gajah bernama Pai Lin telah diselamatkan selepas membawa pelancong selama 25 tahun berturut-turut. Namun, keadaan tulang belakangnya telah pun terjejas ketika diambil masuk oleh Wildlife Friends Foundation Thailand (WFFT).

Phajaan

Apa itu ‘phajaan’?  Tahukah anda, gajah liar yang ditangkap pada usia muda akan menjalani proses yang dikenali sebagai phajaan,  satu kaedah ‘melatih’ yang bertujuan mematahkan semangat haiwan itu agar menurut perintah manusia.

Selama berhari-hari malah berminggu,  gajah ini akan dipukul, dirantai, dibiarkan kelaparan dan tidur dalam ketakutan. Tujuannya adalah untuk menjadikan mereka lemah secara fizikal dan mental, agar mudah dikawal.

Setelah dijinakkan, mereka akan dipaksa bekerja tanpa rehat termasuk untuk aktiviti pelancongan.

Sebagai individu yang bertanggungjawab, marilah kita untuk tidak sesekali mencuba menunggang gajah kerana ia sebenarnya menyeksa haiwan ini.

Sumber: The Dodo, Wildlife SOS

BACA: Saintis Cipta Sejarah, Pertama Kali Berjaya Ubah Plumbum Jadi Emas

BACA: Cara Berkesan Perangkap Lalat, Tak Sampai 5 Minit Dah Penuh

BACA: Lafaz Cerai Bukan Mainan, Peguam Syarie Jelaskan Tentang Talak Dua

Nur Alissa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.