Siakap Keli
biawak makan mayat bayi
Sumber: Bangkok Post

Biawak Ditemukan Makan Mayat Bayi Baru Lahir

Biawak Ditemukan Makan Mayat Bayi Baru Lahir

Satu penemuan menggemparkan berlaku apabila seekor biawak ditemukan sedang memakan mayat seorang bayi yang masih kecil dipercayai baru lahir.

Difahamkan, kejadian berlaku di kawasan semak berhampiran rumah sewa di daerah Bang Phli, wilayah Samut Prakan, Thailand.

Menurut Bangkok Post, kejadian ngeri itu dilaporkan kepada Balai Polis Bang Kaeo sekitar jam 1 tengah hari Selasa lalu.

Pasukan penyelamat dari Yayasan Ruamkatanyu yang dikejarkan ke tempat kejadian mendapati bahagian atas badan bayi, termasuk kepala, berada di kawasan berumput. Manakala, bahagian bawah tubuh bayi itu hilang dipercayai dimakan haiwan berkenaan.

Tambah Bangkok Post, kawasan tersebut merupakan deretan rumah sewa yang kebanyakannya dihuni oleh pekerja migran.

Pihak berkuasa percaya bayi itu telah ditinggalkan sejurus selepas dilahirkan, kemungkinan besar oleh ibu yang tidak mampu menjaganya. Biawak yang kelaparan dipercayai telah menemui mayat bayi berkenaan.

Beberapa penduduk tempatan memaklumkan mereka melihat biawak tersebut menyeret sesuatu. Setelah diperiksa dengan lebih dekat, mereka terkejut apabila mendapati ia adalah mayat bayi.

Penduduk kemudian menghalau reptilia tersebut dan segera membuat laporan kepada pihak berkuasa. Namun begitu, biawak itu masih berkeliaran berhampiran kawasan berkenaan ketika pasukan penyelamat tiba.

Mayat bayi berkenaan telah dibawa ke Institut Perubatan Chakri Naruebodindra untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian.

Difahamkan, bayi tersebut masih dalam keadaan segar dan belum menunjukkan sebarang tanda pereputan.

Dalam pada itu, pihak polis kini sedang mengesan ibu kepada bayi itu.

Sekiranya siasatan mengesahkan bayi tersebut masih hidup ketika ditinggalkan, tindakan undang-undang akan diambil terhadap si ibu, tegas pihak polis.

BACA: Akibat Tabiat “Ini”, Lelaki 25 Tahun Alami Sindrom Kepala Jatuh

BACA: Bekas Presiden AS Joe Biden Disahkan Hidap Kanser Prostat ‘Agresif’

BACA: Kapal Latihan Tentera Laut Mexico Rempuh Jambatan Brooklyn, 2 Dilapor Maut

Sumber: Bangkok Post

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.