Siakap Keli
keputusan STAM 2024
Gambar: BERNAMA

Keputusan STAM 2024 Catat Peningkatan, 34 Calon Berjaya Dapat Mumtaz

Keputusan STAM 2024 Catat Peningkatan, 34 Calon Berjaya Dapat Keputusan Mumtaz

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024 adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

“Keputusan peperiksaan STAM Tahun 2024 telah menunjukkan peningkatan di mana Gred Purata Kebangsaan (GPK) adalah 3.00 mata berbanding 3.09 mata pada tahun 2023, iaitu mengecil sebanyak 0.09 mata.

“GPK bagi calon sekolah KPM pada tahun 2024 pula adalah 2.81 mata berbanding 2.91 mata pada tahun 2023, mengecil sebanyak 0.10 mata.

“Hal ini menunjukkan pencapaian calon STAM sekolah KPM pada tahun 2024 adalah lebih baik berbanding tahun 2023,” maklum KPM.

Bukan itu sahaja, sebanyak 34 calon memperoleh keputusan Mumtaz dalam kesemua mata pelajaran.

Untuk rekod, KPM memaklumkan bahawa seramai 4,507 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM 2024.

Daripada jumlah tersebut, seramai 1,552 calon (34.4%) merupakan pelajar dari sekolah di bawah KPM, manakala 1,726 calon (38.3%) terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri.

Seterusnya, sebanyak 296 calon (6.6%) datang dari Sekolah Menengah Agama Rakyat, 29 calon (0.6%) dari Sekolah Menengah Swasta dan 904 calon (20.1%) pula merupakan calon persendirian.

BACA: MAS, AirAsia Kemas Kini Format Nama Penumpang Bagi Tempahan Tiket Penerbangan

BACA: Top 10 Mata Wang Paling Bernilai Di Dunia 2025

BACA: Aksi Udara TUDM Gamatkan Pembukaan Rasmi Lima’25 Hari Ini

Sumber: Kementerian Pendidikan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.