MAS, AirAsia Kemas Kini Format Nama Penumpang Bagi Tempahan Tiket Penerbangan
Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia dilaporkan telah mengemas kini format nama penumpang bagi semua tempahan tiket penerbangan.
Kemas kini ini bertujuan untuk meningkatkan kejelasan dan melancarkan proses tempahan serta daftar masuk penumpang.
Selain itu, ia juga diselaraskan dengan format nama pada zon boleh dibaca mesin (MRZ) yang terdapat dalam pasport.
MAS tegas dengan format nama mengikut pasport
MAS kini mewajibkan semua pelanggan mengisi nama mereka, termasuk komponen seperti “Bin”, “Binti” dan “Anak”, tepat seperti yang tertera dalam pasport.
Ini bermakna tiada pengubahsuaian atau penyesuaian gaya penulisan nama dibenarkan semasa membuat tempahan.
Langkah ini diambil bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau isu semasa daftar masuk, terutamanya bagi penumpang yang memiliki nama bergaya Barat dalam pasport Malaysia mereka.


Namun begitu, syarikat penerbangan kebangsaan itu memberi jaminan bahawa semua tempahan sedia ada tidak akan terjejas dengan ketetapan baharu ini.
Penumpang hanya perlu mematuhi peraturan tersebut untuk tempahan baharu yang dibuat selepas garis panduan dikemas kini.
AirAsia Perkenal Format “Given Name” dan “Family Name” Yang Lebih Jelas
Sementara itu, AirAsia turut memperkenalkan format “Given Name” dan “Family Name” yang lebih jelas untuk semua tempahan.
Format ini dirangka khas untuk menampung kepelbagaian konvensyen penamaan dari pelbagai latar belakang budaya, termasuk dari Malaysia, Cina, India, Filipina, Thailand dan Vietnam.
https://x.com/airasia/status/1924332961169809908?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1924332961169809908%7Ctwgr%5E1fb68e6766b6508ddcaf01470582c8c5b95e6f6d%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.malaymail.com%2Fnews%2Fmalaysia%2F2025%2F05%2F20%2Fmalaysia-airlines-airasia-update-name-guidelines-to-make-travel-easier-for-locals%2F177385
BACA: Top 10 Mata Wang Paling Bernilai Di Dunia 2025
BACA: Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Di Lembah Klang Ditutup Sempena ASEAN
BACA: Raptai ASEAN: Beberapa Jalan Ditutup Pada Esok, Khamis
Sumber: Aviation Career Malaysia